web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Jalan Sekitar Batu Caves Ditutup Sempena Thaipusam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 5:48PM

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan menunjukkan jalan yang akan ditutup sempena Thaipusam, Khamis ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh jalan sekitar Batu Caves, Selangor ditutup bermula 10 malam ini hingga Sabtu sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas susulan dua juta pengunjung dijangka mengunjungi Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves sepanjang tempoh perayaan itu.

Beliau berkata laluan itu melibatkan simpang tiga Jalan Bunga Raya menghala ke Jalan Batu Caves, lampu isyarat Jalan Stesen (Pintasan Batu Caves), susur dari arah bulatan Batu Caves (MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves dan susur dari arah Gombak (MRR2) menghala ke Kuil Batu Caves.

Selain itu, simpang tiga Jalan SBC8/Jalan Lama Batu Caves, Jalan Perusahaan menghala ke kuil Batu Caves dan simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves menghala keluar ke MRR2.

"Pengunjung dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif (menghala ke Batu Caves) selain meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan.

"Orang ramai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan awam susulan tambang percuma Rapid KL dan tren komuter bermula 24 hingga 25 Jan ini seperti diumumkan kerajaan," katanya pada sidang media khas di Batu Caves hari ini.

Hussein berkata 1,600 pegawai dan anggota ditugaskan bagi memastikan kelancaran sambutan serta keselamatan orang ramai, selain beberapa pusat kawalan statik disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan perkhidmatan dan membuat laporan polis.

Dalam pada itu, menurut Hussein penggunaan dron di kawasan kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves ketika tempoh sambutan Thaipusam oleh mana-mana pihak adalah dilarang sama sekali.

"Anggota polis akan berada di tempat yang dijadualkan dan memantau keadaan dari semasa ke semasa...sebarang aktiviti yang menghalang lalu lintas atau mengadakan perhimpunan yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan,” katanya. – BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar