web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Mudah Syarikat Penerbangan Memanipulasi Harga Tambang Untuk Menuntut Subsidi - Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 4:53PM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika menghadiri majlis Pengumuman Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia di Sepang hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Bukan mudah bagi syarikat penerbangan untuk memanipulasi harga tiket penerbangan ketika musim perayaan untuk mendapat manfaat daripada inisiatif subsidi kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata, proses audit secara menyeluruh dilaksanakan untuk menyemak tuntutan daripada syarikat penerbangan, manakala harga dipantau oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

"Kami tahu setiap penerbangan tertentu, berapa banyak tempat duduk dijual pada harga berapa dan anda (syarikat penerbangan) tidak boleh sesuka hati menaikkan harga kerana mereka mempunyai algoritma dan mekanisme harga.

"Mereka tidak boleh menaikkan harga dan tuntutan daripada kerajaan. Tidak, ia tidak akan berlaku seperti itu," katanya pada sidang media, selepas mengumumkan harga tiket tetap AirAsia ke Sabah dan Sarawak untuk sambutan Tahun Baharu Cina akan datang di sini, hari ini.

AirAsia menawarkan tambang tetap untuk penerbangan ke Sabah pada RM348 sehala dan ke Sarawak pada RM298. Tempoh tempahan bermula hari ini hingga 15 Februari, dan tempoh perjalanan adalah dari 5 Februari hingga 15 Februari.

Loke berkata, AirAsia menuntut RM2 juta daripada kerajaan untuk inisiatif subsidi sempena Krismas tahun lalu, yang memberi manfaat kepada 5,000 penumpang, dan kerajaan membelanjakan purata RM400 sebagai subsidi bagi setiap penumpang di AirAsia dalam tempoh itu.

Pada 15 Disember tahun lalu, Loke mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 untuk perjalanan sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, selama tiga hari sebelum musim perayaan utama termasuk Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas.

Sementara itu, Loke berkata, tiada peruntukan tambahan untuk pelaksanaan inisiatif subsidi itu, kerana dana yang digunakan adalah daripada peruntukan simpanan dan yang tidak digunakan di Kementerian Pengangkutan, tahun lalu.

"Tiada peruntukan tambahan jika anda meneliti Bajet 2024. Tiada peruntukan khusus untuk inisiatif ini, tetapi (kami) menemui cara kreatif untuk melakukannya. Kami mempunyai dana untuk menyokong inisiatif ini," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Politik 2 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad