web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Akad Nikah Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2021 8:15AM

Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis akad nikah dibenarkan untuk diadakan di semua masjid kariah dan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan, berkuat kuasa hari ini.

Menurut Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan JAWI, bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutan, hanya lima orang dibenarkan hadir iaitu pengantin perempuan dan lelaki, wali serta dua orang wakil dari pihak pengantin.

Sementara jurunikah dan dua orang saksi adalah dari pihak JAWI sekiranya dijalankan di JAWI atau dari pihak masjid sekiranya akad nikah dijalankan di masjid.

"Bagi pasangan pengantin yang hadir dari negeri luar yang berada dalam zon merah ke majlis akad nikah di JAWI, mereka juga dihadkan kepada jumlah yang sama," menurut garis panduan yang dikemas kini pada hari ini.

Hanya seorang jurufoto dibenarkan hadir dan hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, dan tempoh masa perjalanan keseluruhan majlis akad nikah hendaklah tidak melebihi 20 minit.

Selain itu, tidak dibenarkan berjabat tangan antara jurunikah dengan pengantin lelaki serta antara semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah dan susun atur majlis hendaklah mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Juga tidak dibenarkan sebarang upacara seperti upacara membatalkan air sembahyang dan menyarung cincin, serta perlulah mematuhi langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.

Hanya mas kahwin dan dokumen-dokumen yang berkaitan sahaja dibenarkan berada di dalam ruang majlis, malah ruang majlis dan kawasan sekitarnya juga hendaklah disanitasi termasuk tandas sebelum dan selepas majlis dijalankan.

Dalam masa sama, pihak-pihak yang terlibat mestilah mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Pendaftar atau Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (NCR), atau majlis akad nikah boleh dibatalkan sekiranya pihak terbabit gagal hadir pada tarikh dan masa berkenaan.

Menurut garis panduan itu lagi, pelaksanaan majlis akad nikah dalam tempoh PKP dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI, dan ia turut diperluaskan kepada pemohon luar Wilayah Persekutuan yang telah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) masing-masing.

Ini termasuklah pasangan dari negeri lain yang telah mendapat kebenaran nikah JAWI dan ditangguhkan sebelum ini, juga boleh menjalankan akad nikah, serta keputusan Saringan Ujian HIV kedua-dua pasangan masih dalam tempoh sah laku semasa akad nikah dijalankan.

Bagi surat Kebenaran Berkahwin yang telah tamat dalam tempoh PKP, ia akan dilanjutkan dua bulan bermula dari tarikh kebenaran berakhir, namun pemohon hendaklah hadir semula ke JAWI untuk membuat penyambungan tempoh sah Kebenaran Berkahwin.

Mengikut garis panduan itu lagi, terdapat syarat-syarat khusus yang ditetapkan termasuklah pihak yang terlibat hendaklah membuat temu janji dengan JAWI terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan waktu akad nikah.

Pihak yang terlibat dalam akad nikah juga mestilah tidak mempunyai gejala, bukan kontak rapat kes positif COVID-19, bukan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), malah pengantin lelaki dan perempuan serta wali mereka diwajibkan menjalani ujian 'swab test' terlebih dahulu. 

"Keputusan ujian yang disahkan negatif hendaklah diserahkan kepada JAWI sebagai bukti untuk membolehkan majlis akad nikah diadakan," kata garis panduan itu.

Semua pihak juga diingatkan untuk membuat pemeriksaan suhu badan di pintu masuk, mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka  dan menggunakan cecair pembasmi kuman.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar