web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Umum Pertukaran 42 Pegawai Kanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Johor DCP M. Kumar dilantik sebagai Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP) berkuat kuasa 23 Januari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alzafny Ahmad berkata Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman SAC Afandi Senin akan mengisi kekosongan jawatan berkenaan dengan memangku pangkat DCP.

"Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe pula akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Afandi dengan memangku pangkat SAC," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada pertukaran membabitkan 42 pegawai kanan PDRM di seluruh negara.

Turut bertukar jawatan ialah CP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur Datuk Anuar Othman pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

"Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abu Samah Mohd Noor pula akan mengisi jawatan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Adzli Abu Shah akan mengisi kekosongan itu dengan memangku pangkat DCP," katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas, Bukit Aman Datuk Zahib Sabari akan menggalas jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 4 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 5 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar