web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai, Anggota PDRM Diingatkan Jangan Berselindung Di Sebalik Uniform, Kuasa - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 4:22PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ditemui media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Negeri Sembilan hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya menjaga imej pasukan sebaik-baiknya, dan tidak berselindung di sebalik uniform, kuasa mahupun lencana masing-masing untuk melanggar undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka sebaliknya perlu terus mendapatkan keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat, sekali gus memastikan imej PDRM berada di tempat paling atas.

“Kalau tengok banyak benda baik PDRM buat tapi disebabkan satu isu, contohnya kes di Perak baru-baru ini (pegawai kanan polis didakwa melanggar seorang pelajar tingkatan lima), terus menghukum PDRM, padahal banyak isu-isu lebih bagus dilakukan anggota.

“Saya juga pesan perkara ini pada diri saya, bukan kepada anggota dan pegawai sahaja. Jadi lah pegawai yang bagus supaya imej PDRM ini baik,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota tanpa mengira pangkat, sekiranya mereka melakukan kes jenayah, salah laku atau tatakelola yang tidak betul.

“Kita tak akan kompromi, malah kita buka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib (kepada mereka terlibat). Untuk makluman, saya telah tandatangan tahan kerja kepada pegawai berpangkat DSP itu (pegawai didakwa melanggar pelajar) pada petang itu juga,” katanya.

Razarudin turut menasihatkan kesemua anggota supaya menjaga kerjaya masing-masing, sekali gus memastikan kebajikan dan keharmonian rumah tangga.

“Sebagai manusia apabila sudah berumah tangga mesti jaga keluarga dan kerjaya tetapi jika tidak jaga kerjaya bagaimana mahu jaga keluarga,” katanya.

Terdahulu, seramai 210 pegawai, pesara polis dan waris pesara dalam kontinjen Negeri Sembilan dianugerahkan PJPN dan daripada jumlah tersebut, 143 pesara, bekas polis dan petugas pada era darurat  hadir sendiri menerima pingat.

Seramai 12 waris pula hadir mewakili pesara yang uzur atau meninggal dunia, selain seramai 55 pegawai polis yang masih berkhidmat turut menerima pingat yang sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 4 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 5 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad