web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan Di Mersing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 1:09PM

Anggota boma ketika membawa keluar mangsa dari kereta yang remuk. - gambar JBPM Mersing

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Dua beranak maut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas dan berpusing sebelum dilanggar oleh sebuah lori dari arah sama di Kilometer 20 Jalan Nitar-Mersing di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Viva Zubaidah Zakaria, 32, dan Uwais Rayyan Mohamad, 4, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kemalangan melibatkan kereta itu dan sebuah lori 10 tan jenis Nissan UD itu, kira-kira pukul 8 pagi.

"Hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh Zubaidah dari arah Felda Nitar menuju ke Bandar Mersing telah hilang kawalan lalu terbabas dan berpusing, sebelum dilanggar oleh lori terbabit dari arah sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, bomba dalam kenyataan berasingan memaklumkan dua beranak yang tersepit di dalam kereta tersebut telah dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi dengan menggunakan peralatan khas.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussine berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.37 pagi sebelum dua jentera 'Light Fire Rescue Tender' (LFRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 15 anggota, digegaskan ke lokasi kejadian.

 "Jenazah Zubaidah dan Uwais Rayyan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun, pemandu lori berkenaan Mohd Yazid Abidin, 40, hanya mengalami cedera ringan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad