web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Anda Berhak Menerimanya", Titah Agong Kepada Pengawal Keselamatan Tular

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 8:18PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bergambar bersama penerima Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) R.Yogeswary pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - "Anda berhak menerimanya," demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada R. Yogeswary membuatkan pengawal keselamatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh itu tersenyum lebar dan semakin bersemangat membantu mereka yang memerlukan.

Apatah lagi titah itu disampaikan sendiri oleh Al-Sultan Abdullah kepadanya yang menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini. 

Bagaimanapun, hanya ucapan terima kasih berkali-kali yang mampu diucapkan kepada Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimumah Iskandariah dalam pertemuan singkat sejurus istiadat itu selesai di Balairung Seri. 

“Saya tak sangka hari ini saya boleh menjejakkan kaki ke Istana Negara dan bertemu sendiri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, malah pegawai Istana memberitahu Seri Paduka sendiri nak jumpa saya sekejap dan ambil gambar bersama-sama,” katanya dalam nada sebak ketika menceritakan momen indah itu kepada BERNAMA. 

Yogeswary, 44, yang tular di media sosial kerana sering membantu pesakit dan pelawat di parkir hospital, adalah antara 298 penerima pada istiadat berkenaan yang diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong. 

Memilih persalinan kebaya hitam pada hari yang disifatkan sebagai paling istimewa sepanjang hidupnya, Yogeswary hadir dengan ditemani kakaknya, R Rajeswary, 48, seorang guru tadika. 

Yogeswary berkata, beliau ikhlas menghulurkan segala khidmat dan bantuan, meskipun ia bukan kerja hakiki seorang pengawal keselamatan.

"Di hospital, banyak pesakit yang mendapatkan rawatan berada dalam keadaan yang sedih, begitu juga ahli keluarga mereka, sebab itu saya sentiasa ingin memberikan layanan yang baik kerana itulah sekecil-kecil pertolongan yang boleh saya berikan. 

"Saya tidak akan berhenti untuk membantu masyarakat, selagi saya sihat dan mempunyai tenaga, saya pasti akan usaha sedaya upaya untuk membantu orang ramai," katanya. 

Anak bongsu daripada lima beradik yang berasal dari Gerik itu juga tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas pengurniaan pingat berkenaan, selain orang ramai, majikan dan keluarganya atas sokongan berterusan diterimanya selama ini.  

Yogeswary, yang sebelum ini bertugas di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, telah ditempatkan di Kompleks Rawatan Harian sejak enam bulan lalu.

Kisahnya yang sering membantu pesakit atau pelawat hospital tular di media sosial sehingga meraih perhatian Menteri Kesihatan ketika itu Dr Zaliha Mustafa, yang memuji tindakan Yogeswary serta menzahirkan penghargaan kepada wanita itu dalam hantaran di laman Facebook.

Antara bantuan yang dihulur Yogeswary adalah mengangkat barang, mengawal lalu lintas dan menenangkan pesakit dalam keadaan cemas, selain mengucapkan tahniah kepada ibu baru bersalin.

Sementara itu di media sosial, warganet turut mengucapkan tahniah kepada wanita itu.

"Semoga yang lain teladani sifat ini, berbuat baiklah kepada orang lain," tulis pengguna Instagram lala_walid. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 12 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad