web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengumuman Berkaitan Tol Sempena Krismas Dijangka Jumaat Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 5:30PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memberi bayangan pengumuman berkaitan tol sempena perayaan Krismas, berkemungkinan dibuat Jumaat ini.

Beliau berkata kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian  Kerja Raya, dijangka membuat pengumuman tersebut.

“… akan umum sama ada bila tarikhnya, ada atau tidak pengecualian tol sempena Krismas.

“Saya diberitahu kemungkinan pada hari Jumaat ini pengumuman ada atau tidak, bagaimana, tarikhnya bila. Itu kita tunggu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sini, hari ini.

Ahmad berkata, secara puratanya, kerajaan memperuntukkan RM21 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya, menerusi pelaksanaan tol percuma. 

Pada tahun ini sahaja, katanya, kerajaan membayar RM80.07 juta sempena Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali RM42.31 juta dan Tahun Baru Cina RM41.21 juta.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kerajaan menyasarkan penambahan 100 lagi poin pengecasan EV di lebuh raya bertol, terutamanya di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menjelang 2025 dengan mengambil kira keperluan pengguna kenderaan elektrik (EV), yang semakin meningkat.

Ketika ini, beliau berkata, terdapat 60 poin pengecasan EV di PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditempatkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan stesen minyak antaranya di R&R Ayer Keroh Arah Utara (Plus), R&R Seremban Arah Utara (Plus) dan R&R Paka Arah Utara (LPT), yang dikendalikan oleh operator poin pengecas seperti TNB Electron dan Gentari.

“Keperluan menambah poin pengecasan EV merupakan antara cabaran baharu dalam landskap lebuh raya akan datang, selain mewujudkan konsep baharu untuk R&R, lebuh raya pintar dan pencahayaan diod pancaran cahaya (LED),” katanya.

Terdahulu, Ahmad diberi taklimat pengurusan trafik hampir dua jam termasuk dibawa melawat ke pusat pengurusan trafik diiringi Ketua Pengarah LLM, Sazali Harun. 

LLM mengawal selia lebuh raya bertol termasuk PLUS, LPT, dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dengan panjang keseluruhannya 2,080 kilometer. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Percikan Bunga Api Iringi Sambutan Krismas Di Melaka

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan Setakat 10 Malam

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Wanita Berusia 100 Tahun Kongsi Kemeriahan Sambutan Krismas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Lancar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad