web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar, Kishida Umum Kerjasama Strategik Komprehensif Malaysia- Jepun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 1:18PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan dengan rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida ketika mesyuarat dua hala di Tokyo hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perdana Menteri,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya Fumio Kishida hari ini mengeluarkan kenyataan bersama mengenai peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada kerjasama komprehensif strategik.

Kenyataan itu diberikan sebelum kedua pemimpin itu menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran nota Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan, bersama Jepun akan menyediakan peralatan pemantauan dan pengawasan untuk Malaysia.

Kedua pemimpin juga menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama mengenai Pembangunan dan Aplikasi Angkasa Lepas antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Terdahulu Anwar dan Kishida mengadakan pertemuan dua hala ringkas dan mesyuarat.

Anwar berkata, Malaysia amat menghargai komitmen Jepun kepada rantau ini termasuk Malaysia sejak 1980-an, yang telah menyumbang kepada pertumbuhan rantau ini dan negara. 

“Saya amat menghargai hubungan Malaysia-Jepun dan gembira dengan komitmen dan kerjasama meluas yang ditunjukkan Jepun dalam perdagangan dan pelaburan di rantau ini,” katanya.

Anwar berkata, Jepun juga telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia sejak tahun 1980-an, menerusi pelaburan sektor swasta.

Sementara itu, Kishida berterima kasih kepada Malaysia atas layanan yang diberikan ketika lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini, dan peranan penting dimainkannya dalam membentuk ASEAN seperti yang ada sekarang, serta mahu melihat penglibatan yang lebih besar Jepun dalam ASEAN.

Terdahulu pada majlis menandatangani dan pertukaran nota Peningkatan Kapasiti Keselamatan itu, Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, manakala Jepun diwakili Menteri Luarnya, Yoko Kamikaway.

Manakala pada pertukaran memorandum kerjasama angkasa Ketua Pengarah MYSA Azlikamil Napiah mewakili Malaysia dan Presiden JAXA Hiroshi Yamakawa bagi pihak Jepun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar