web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Felcra Berhad Tidak Akan Kompromi Perbuatan Rasuah Dalam Organisasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 4:17PM

Antara peserta yang menyertai Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah Felcra Berhad Wilayah Perak, hari ini. gambar FB Felcra Berhad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR SALAK - Felcra Berhad Wilayah Perak tidak akan berkompromi dan memandang remeh setiap isu melibatkan integriti dalam kalangan petugas agensi itu, kata Pengurus Besarnya, Yusoff Razali.

Beliau berkata, institusi itu akan sentiasa melakukan perubahan dan penambahbaikan bagi memastikan tiada warga kerjanya yang terjebak dengan penyelewengan atau salah guna kuasa. 

Katanya, budaya integriti harus diamalkan pada setiap peringkat agar tadbir urus selari dengan kehendak peraturan, pekeliling, arahan dalaman dan akta yang berkuat kuasa.

"Felcra Berhad adalah sebuah organisasi korporat dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan terlibat dalam aktiviti sektor pembangunan hartanah, perladangan, pembajaan dan lain-lain pembangunan yang kita peroleh peruntukan daripada kementerian.  

"Kami komited menjalankan kerja yang diamanahkan, bebas daripada sebarang bentuk rasuah termasuk ketirisan dana awam atau perolehan serta pemberian kerja-kerja kepada kontraktor. Jadi, tidak kira pegawai atasan mahupun bawahan perlu memahami maksud integriti ini," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pemantapan Integriti dan Pencegahan Rasuah Felcra Berhad Wilayah Perak di Kolej Felcra, yang turut dihadiri Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Ahmad Sabri Mohamed. 

Sebanyak 60 peserta termasuk 27 pengurus kawasan di seluruh Perak dan 20 pegawai pengurusan tertinggi di pejabat wilayah terlibat dalam program itu. 

Antara pengisian program adalah sesi penerangan dan dialog mengenai kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 dan Liabiliti Korporat Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018) serta taklimat ringkas mengenai pengendalian proses siasatan.

Sementara itu, Ahmad Sabri berkata, SPRM akan terus bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan mahupun swasta agar tiada ruang dan peluang kepada amalan rasuah.

"Kita semua sedia maklum bahawa kerajaan hari ini mahu memastikan sasaran Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tangga 25 teratas dunia boleh dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang. 

"Jadi fokus membenteras amalan rasuah termasuk di Perak ini melibatkan semua lapisan masyarakat," katanya sambil menambah suruhanjaya itu akan terus melipatgandakan usaha bagi membawa mereka yang terlibat rasuah dan salah guna kuasa ke muka pengadilan untuk tindakan sewajarnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar