web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Rasmi Rumah KanWork

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 4:10PM

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kiri) berkenan melancarkan Buku Dari Dapur KanWork pada majlis perasmian Rumah KanWork hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan merasmikan Rumah KanWork iaitu sebuah tempat untuk membantu penyembuhan secara holistik bagi mereka yang terkesan dengan kanser.

Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri Norashikin di Jalan SS21/1 Damansara Utama di sini, pada jam 10.45 pagi disambut isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad dan Pengerusi KanWork, Dr Mazanah Muhamad.

Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja KanWork bertitah, kanser adalah satu penyakit kronik yang semakin meningkat dan ia tidak mengenal peringkat umur.

"Mereka yang didiagnos dengan kanser memerlukan sokongan dalam menghadapi cabaran ini, selain itu penjaga pesakit juga perlu dititikberatkan kerana mereka adalah tulang belakang dalam proses penyembuhan pesakit.

“Inilah peranan KanWork, yang ditubuhkan bagi menyokong mereka yang menghadapi cabaran kanser,” titah Tengku Permaisuri Norashikin ketika merasmikan Rumah Kanwork di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, supaya semua pihak terus menyokong usaha murni yang dilakukan KanWork, termasuk menyalurkan sumbangan dalam membantu mereka yang terkesan dengan kanser.

Pada majlis sama, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melancarkan buku terbaru terbitan KanWork berjudul Dari Dapur KanWork dan menerima replika cek sumbangan Perbadanan Wakaf Selangor, Yayasan Waqaf Malaysia dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) masing-masing berjumlah RM50,000. 

KanWork adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang giat memberikan sokongan informasi, emosi dan rohaniah kepada mereka yang terkesan dengan kanser melalui aktiviti kumpulan sokongan, lawatan ke hospital dan rumah serta melalui talian Helpline 1-800-22-8672.

KanWork turut melaksanakan pelbagai program pendidikan dan kesedaran kepada komuniti untuk pencegahan awal kanser dan menggalakkan amalan cara hidup sihat supaya sentiasa sihat sepanjang hayat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Tengku Permaisuri Norashikin Berkenan Berangkat Ke Program 'Stray Free Selangor' SPCA

2

Refleksi 4 tahun yang lalu

Permaisuri Selangor Zahir Rasa Kecewa Individu Bertindak Kejam Terhadap Haiwan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad