web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengku Permaisuri Norashikin Berkenan Berangkat Ke Program 'Stray Free Selangor' SPCA

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8:00PM

Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke program 'Stray Free Selangor' sempena sambutan Hari Haiwan Sedunia 2022 di SPCA Selangor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke program 'Stray Free Selangor' sempena sambutan Hari Haiwan Sedunia 2022 di Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Selangor di Ampang dekat sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Penaung SPCA Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi SPCA Christine Chin serta bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam. 

Tengku Permaisuri Norashikin yang juga penaung diraja program 'Stray Free Selangor' turut berkenan menyaksikan penyampaian sumbangan cek bernilai RM390,000 daripada empat syarikat korporat dan satu badan bukan kerajaan (NGO) kepada SPCA.

Empat syarikat korporat dan NGO itu terdiri daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Better Foundation Malaysia, Konsortium Jaringan Selangor, Asia Pasific University dan Mystique Universal Sdn Bhd.

Baginda kemudian berkenan mengunjungi pusat penjagaan kucing sebelum berangkat meninggalkan SPCA kira-kira 1 tengah hari.

Sementara itu, Chin berkata sumbangan daripada pelbagai pihak kepada program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mengurangkan populasi dan mengelak kekejaman terhadap haiwan jalanan.

Beliau berkata menerusi 'Stray Free Selangor', pihaknya menggalakkan pengembirian terhadap haiwan jalanan secara besar-besaran bagi mengurangkan populasi selain memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menyantuni haiwan jalanan dengan tidak mendera haiwan. 

"Kita sedia maklum bahawa Tengku Permaisuri (Norashikin) sangat prihatin terhadap nasib haiwan-haiwan jalanan, baginda sendiri turut merupakan 'rescuer' (penyelamat) kucing dan sering menyantuni haiwan-haiwan jalanan dengan memberi makanan. 

"Dengan sumbangan itu juga, kami turut dapat menanggung subsidi menerusi diskaun hingga 80 peratus kepada para penyelamat anjing dan kucing liar untuk datang menyertai program pengembirian di SPCA, dengan syarat mereka perlulah menghubungi kami dan mengisi borang terlebih dahulu," katanya. 

Sementara itu, Lee berkata Akta Kebajikan Haiwan 2015 harus diperketat dengan hukuman lebih berat ke atas salah laku terhadap penganiayaan dan penderaan haiwan. 

"Di bawah akta itu, seseorang melakukan kekejaman ke atas haiwan sekiranya dia dengan kejam memukul, menendang, menganiaya, menyeksa, menimbulkan kemarahan atau menakutkan mana-mana haiwan.

“Pelaku boleh dikenakan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun,” katanya sambil menyeru orang ramai tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dilakukan dan pesalah didakwa. - Bernama

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Rasmi Rumah KanWork

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Islam Perintah Kasihi Haiwan, Ia Adalah Ibadah Kepada Allah

4

Rencana 3 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Haiwan Juga Berisiko Kena Strok Haba

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa