web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Islam Perintah Kasihi Haiwan, Ia Adalah Ibadah Kepada Allah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 7:00AM

Islam menekankan konsep pemberian rahmah atau kasih sayang kepada semua makhluk, termasuk haiwan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bersesuaian statusnya sebagai agama berkasih sayang, Islam menekankan konsep pemberian rahmah atau kasih sayang kepada semua makhluk, termasuk haiwan.

Islam juga adalah agama yang memerintahkan penganutnya untuk saling mengasihi dan menyayangi sesama makhluk.

Menerusi khutbah bertajuk ‘Islam Agama Kasih Sayang’ dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin, ia menekankan bahawa berkasih sayang atau berbuat baik terhadap haiwan adalah ibadah kepada Allah SWT.

“Banyak nas menunjukkan ianya (berbuat baik kepada haiwan) dihitung sebagai amal kebaikan, bahkan boleh menjadi sebab kepada pengampunan dosa dan peningkatan darjat di sisi Allah SWT.

“Hadis riwayat Abu Hurairah Radiallahuanhu memaklumkan, Rasulullah SAW menceritakan seorang lelaki sangat kehausan turun ke perigi mendapatkan air. Ketika keluar dari perigi dilihatnya seekor anjing menjelirkan lidah menjilat-jilat tanah kehausan. Kasihan terhadap haiwan terbabit, lelaki tadi turun kembali mengisi air dengan kasutnya kemudian digigit lalu dibawa naik ke atas dan diberikan anjing itu minum.

“Usaha murni lelaki itu menyebabkan dosanya diampunkan, bahkan dalam riwayat Abdullah bin Dinar serta Ibn Hibban menyatakan, lelaki terbabit dimasukkan ke dalam syurga kerana usahanya. Sahabat yang mendengarkan kisah ini bertanya kepada Rasulullah SAW “Wahai Rasulullah, apakah kami mendapatkan pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?” Baginda SAW menjawab “Pada setiap yang bernyawa ada pahalanya”,” menurut pengisian khutbah itu.

Sebaliknya, ia menegaskan, siapa yang tidak berbuat baik terhadap haiwan dan menzaliminya, boleh menjadi punca kepada kemurkaan Allah SWT dan sebab masuk ke neraka.

Katanya, hadis riwayat al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar Radiallahuanhu memaklumkan, Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mengurung seekor kucing tanpa diberikan makanan dan minuman sehingga mati kelaparan, selain tidak dibiarkan ianya bebas mencari makanan sendiri dengan menangkap serangga.

Pada masa sama, pengisian khutbah itu menegaskan, penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang mengenakan hukuman keras, termasuk penjara kepada pihak menzalimi haiwan di negara ini, masih lagi belum berjaya membendung penganiayaan terhadap haiwan.

“Akhbar pada 26 Mac 2023 yang lalu mencatatkan kes kezaliman terhadap kucing. November 2019, tular video seorang lelaki memasukkan seekor kucing bunting dalam pengering pakaian di sebuah dobi layan diri. Mei 2020, rakaman video memaparkan tindakan kejam sekumpulan wanita mendera dan memijak seekor anak kucing sehingga mati.

“Februari 2021, seekor kucing ditemukan mati dalam keadaan tragis dengan keempat-empat kakinya hilang dipercayai dikerat individu tidak bertanggungjawab. Mac 2023, seorang lelaki tergamak menjadikan anak kucing menerusi pengambilan (adoption) sebagai hidangan ular sawa peliharaannya. Mac tahun sama, puluhan rangka, bangkai, cebisan organ dan daging kisar dipercayai kes kezaliman kucing, ditemukan di sebuah kondominium di ibu kota.

“Kes itu adalah khusus berkaitan kucing, namun wujud kes kezaliman dilakukan terhadap haiwan belaan atau jalanan lain, seperti anjing bahkan terhadap haiwan liar di mana laporan media mencatatkan sejumlah monyet liar ditemukan mati dipercayai akibat diracun,” katanya.

Ujarnya, kezaliman terhadap haiwan berlaku apabila tidak diberi makan dan minum, ditinggalkan pemilik yang berpindah, kurungan kotor, diikat dengan rantai pendek serta terdedah kepada panas dan hujan.

“Sesungguhnya Islam sudah menerapkan konsep ihsan, berbuat baik dan berkasih sayang dalam kehidupan terhadap sekalian makhluk. Umat Islam sejak pengutusan Rasulullah SAW yang disifatkan ‘rahmat kepada sekalian alam’, bekerja ke arah membela hak asasi manusia dan haiwan yang dicabuli dengan pelbagai jenis pelanggaran seperti kehambaan, kezaliman, pembunuhan dan sebagainya.

“Ketika itu, tidak ada orang lain yang menyedari perkara ini kecuali pada zaman kemudian di mana institusi, badan dan organisasi ditubuhkan bagi melindungi, membela serta menjaga kebajikan haiwan,” katanya.

Jelasnya, Rasulullah SAW mengingatkan sebagaimana hadis riwayat al-Nasa’i daripada al-Sharid Radiallahuanhu bahawa siapa yang membunuh burung pipit (usfur), bukan untuk dimakan atau dimanfaatkan, maka burung terbabit akan mengadukannya pada Allah SWT di hari kiamat.

“Rasulullah SAW mengajarkan sebagaimana hadis riwayat Muslim daripada Shaddad bin Aus Radiallahuanhu bahawa siapa yang mahu membunuh atau menyembelih haiwan, maka sempurnakan secara baik dengan menajamkan alatannya dan mempermudahkan sembelihannya.

“Rasulullah SAW ketika melihat seekor unta yang sangat kurus menegaskan sebagaimana hadis riwayat Abu Daud daripada Sahl bin al-Hanzaliyyah Radiallahuanhu, “Bertakwa atau takutlah kalian kepada Allah SWT dalam menguruskan haiwan dengan menungganginya dan memakannya secara baik”,” katanya. – Getaran, 4 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad