web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuaca Panas: Haiwan Juga Berisiko Kena Strok Haba

Rencana Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 9:38AM

Dr Vellayan turut mengingatkan pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing supaya sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan haiwan mereka bagi menghindari risiko strok haba - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan risiko kepada haiwan termasuk mengalami strok haba.

Bekas Penolong Pengarah Zoo Negara yang juga Pensyarah Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam, Prof Madya Datuk Dr Vellayan Subramaniam berkata seperti manusia, strok haba terhadap binatang juga boleh meragut nyawa, selain menyebabkan kerosakan organ dalaman haiwan jika tidak mendapat rawatan segera.

“Semua haiwan yang tergolong dalam kumpulan mamalia, reptilia mahupun burung turut mengalami strok haba, misalnya anjing dan kucing yang mempunyai kelenjar yang sangat sedikit yang terletak di tapak kaki dan sekitar hidung untuk berpeluh, tidak seperti manusia boleh keluar peluh di setiap segi,” katanya kepada Bernama TV dalam temu bual khas secara dalam talian.

Haiwan yang tidak gemar badannya dibasahkan dengan air perlu diberikan air minuman yang secukupnya, selain ditempatkan di kawasan yang mempunyai tahap pengudaraan baik - Gambar hiasan Unsplash
Haiwan yang tidak gemar badannya dibasahkan dengan air perlu diberikan air minuman yang secukupnya, selain ditempatkan di kawasan yang mempunyai tahap pengudaraan baik - Gambar hiasan Unsplash

Pada masa yang sama, beliau berkata haiwan di zoo juga perlu dijaga rapi pada musim panas dengan membekalkan air yang secukupnya untuk membasahkan badan, walaupun kadangkala mungkin timbul masalah kerana bukan semua haiwan suka berendam di dalam air seperti lembu, kerbau dan gajah.

Dr Vellayan yang juga bekas Ketua Veterinar di Zoo Negara menjelaskan bagi haiwan yang tidak gemar badannya dibasahkan dengan air, haiwan seperti ini perlu diberikan air minuman yang secukupnya, selain ditempatkan di kawasan yang mempunyai tahap pengudaraan baik.

“Bagi haiwan yang sentiasa berada dalam air atau berendam seperti penguin dan memerang pula, kolam air disarankan ditambah dengan ketulan air batu bagi memastikan ia sejuk kerana air yang tidak mengalir juga boleh meningkat suhunya sekiranya cuaca panas terik,” katanya.

Selain itu, Dr Vellayan turut mengingatkan pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing supaya sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan haiwan mereka bagi menghindari risiko strok haba.

Kolam air memerang dan penguin disarankan ditambah dengan ketulan air batu bagi memastikan ia sejuk kerana air yang tidak mengalir juga boleh meningkat suhunya sekiranya cuaca panas terik - Gambar hiasan Unsplash
Kolam air memerang dan penguin disarankan ditambah dengan ketulan air batu bagi memastikan ia sejuk kerana air yang tidak mengalir juga boleh meningkat suhunya sekiranya cuaca panas terik - Gambar hiasan Unsplash

“Antara simptomnya (strok haba) seperti degupan jantung pantas, kesukaran bergerak, terpinga-pinga dan tidak menentu, menghasilkan banyak air liur serta lidah dan gusi biru kerana kekurangan oksigen dalam darah.

“Selain itu, suhu badan haiwan ini juga akan melebihi 42 darjah (Celsius), kurang keseimbangan atau kestabilan apabila bangun dengan empat kaki dan jika ini berlaku, pemiliknya perlu stabilkan suhu badan haiwan itu dan bawa kepada doktor haiwan dengan segera kerana jika diabaikan, ia boleh mendatangkan kematian,'’ katanya.

Menurut Dr Vellayan pemilik haiwan peliharaan juga boleh meredakan simptom strok haba dan dehidrasi dengan membasahkan badan haiwan peliharaan mereka dengan meletakkan tuala yang basah pada kepala dan dahi selain memberikan air untuk diminum serta membasahkan lidah haiwan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Rencana 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

oleh Alfian Z.M. Tahir

Rencana 1 hari yang lalu

Monarki Dan Kekacauan Di Negeri Sembilan

Sepanjang bertahun-tahun, terdapat banyak kejadian di mana pihak diraja memainkan peranan penting dalam mengelakkan masalah yang dicetuskan oleh ahli politik da...

oleh Kalimullah Hassan