web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permaisuri Selangor Zahir Rasa Kecewa Individu Bertindak Kejam Terhadap Haiwan

Tengku Permaisuri Selangor menggesa agar pihak berwajib melakukan siasatan sehingga pelakunya dapat dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan perasaan sangat kecewa ekoran masih ada individu yang tidak berperikemanusiaan dan tergamak berlaku kejam terhadap haiwan secara terbuka.

Baginda yang merupakan Penaung Diraja Program Stray Free Selangor (SFS)  menzahirkan perasaan amat sedih dan dukacita susulan beberapa kejadian terbaharu yang membabitkan kezaliman terhadap haiwan peliharaan dan terbiar.

Susulan itu, Tengku Permaisuri Selangor menggesa agar pihak berwajib melakukan siasatan sehingga pelakunya dapat dikenal pasti dan dihadapkan ke muka pengadilan.

"Masyarakat yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian seumpamanya supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa,” titah Tengku Permaisuri Norashikin menerusi kiriman di Facebook rasmi Selangor Royal Office, hari ini. 

Gambar: Selangor Royal Office
Gambar: Selangor Royal Office

Baginda turut mengingatkan bahawa kezaliman terhadap haiwan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan beberapa seksyen khusus iaitu Seksyen 29 untuk penganiayaan haiwan, Seksyen 30 (pembunuhan haiwan) dan Seksyen 31 (pemberian racun).

Susulan itu Tengku Permaisuri Norashikin menyeru agar ahli masyarakat agar lebih prihatin, mempunyai perasaan belas kasihan dan terus menyemai sifat empati dan perikemanusiaan serta sayangkan haiwan peliharaan dan terbiar.

Gambar: Selangor Royal Office
Gambar: Selangor Royal Office

Permaisuri Selangor juga berharap kebajikan haiwan-haiwan ini sentiasa diberi perhatian terutamanya keperluan persekitaran yang sesuai, dilindungi daripada ancaman penyakit serta keperluan mempamerkan corak kelakuan semula jadi.

"Masyarakat dan para sukarelawan penyelamat haiwan juga perlu untuk memandulkan (neuter) kucing dan anjing terbiar agar haiwan ini tidak membiak dalam persekitaran yang tidak sesuai,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Rasmi Rumah KanWork

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tengku Permaisuri Selangor Galak Graduan Belajar Ke Peringkat Lebih Tinggi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Islam Perintah Kasihi Haiwan, Ia Adalah Ibadah Kepada Allah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN