web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengku Permaisuri Selangor Galak Graduan Belajar Ke Peringkat Lebih Tinggi

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 12:05PM

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkenan menyampaikan titah pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menggalakkan graduan untuk belajar sehingga tahap yang lebih tinggi dan tidak terhenti pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda sahaja.

Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah, ilmu adalah asas kepada pembentukan tamadun tinggi, malah mencari ilmu adalah perkara yang mulia di sisi Allah.

“Sehubungan dengan itu, budaya menimba ilmu perlu dirancakkan kerana Malaysia memerlukan problem solver (penyelesai masalah) dalam membantu negara menghadapi cabaran yang semakin kompleks,” titah baginda pada hari pertama Istiadat Konvokesyen UiTM ke-98 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam hari ini.

Baginda bertitah, sesebuah universiti juga seharusnya terus memperkasakan penyelidikan sebagai misi dalam memajukan ilmu pengetahuan, mendorong inovasi dan menangani cabaran masyarakat semasa.

“Bagi menggalakkan program penyelidikan dijalankan di institusi pengajian tinggi (IPT) terutama di peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD), peluang untuk membuka kolaborasi dengan industri perlu dipertingkatkan,” titah baginda.

Menurut Tengku Permaisuri Norashikin, industri boleh menjadi penyelia bersama untuk para graduan kerana pihak berkenaan boleh menyumbangkan idea yang mampu menyelesaikan masalah dalam industri sebenar. 

Pada masa sama, baginda bertitah, pihak universiti bukan sahaja perlu menekankan aspek akademik, malah penekanan harus diberikan juga kepada pembangunan bakat dan pembentukan sahsiah graduan.

“Suka saya tekankan, agar semua IPT seharusnya menyediakan program yang dapat membentuk pembangunan bakat dan sahsiah graduan secara langsung dengan dunia sebenar. Kita perlu memberi kepercayaan kepada pelajar untuk memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada komuniti,” titah baginda. 

Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Kepakaran Perubatan kepada 125 graduan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Tengku Permaisuri Selangor Saksikan Pengislaman Pembantu Rumah Baginda

2

Refleksi 4 tahun yang lalu

Permaisuri Selangor Zahir Rasa Kecewa Individu Bertindak Kejam Terhadap Haiwan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad