Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Setuju 'Lockdown', Rakyat Minta Bantuan Kerajaan Ringankan Beban

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 2:16PM

Bantuan perlu disalurkan terutama kepada keluarga kategori B40 dan M40 yang paling terkesan setiap kali penutupan penuh dilaksanakan. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun ini perlu dilaksanakan dengan teliti, bagi memastikan kepentingan semua pihak tidak terabai.

Majoriti bersetuju dengan pelaksanaan berkenaan, susulan peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan, namun berpendapat, kerajaan perlu memberi perhatian terhadap beberapa isu yang memerlukan pertimbangan segera.

Bantuan terhadap golongan memerlukan, termasuk keluarga dari kategori B40 dan M40 antara yang ditekankan, memandangkan kumpulan berkenaan adalah kelompok paling terkesan setiap kali penutupan penuh dilaksanakan.

Peniaga pasar malam, Ibrahim Mohamed, 43 berkata, dia akur dengan keputusan itu demi keselamatan bersama, walaupun ia sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan dimiliki.

Peniaga kecil-kecilan itu bagaimanapun berharap, kerajaan dapat menimbangkan sedikit bantuan untuk meringankan beban golongan terjejas.

“Disebabkan kes yang semakin meningkat dengan kehadian varian baharu ini, saya amat berharap agar kerajaan boleh membantu, sekurang-kurangnya dengan memberikan keperluan makanan bagi mereka yang terjejas.

“Malah jika kita lihat sekarang, negeri Selangor ada menyediakan kemudahan saringan COVID-19 secara percuma tetapi tiada perkara seperti itu untuk kami penduduk di Kuala Lumpur," katanya kepada Getaran.

Ibrahim memberitahu, saringan di hospital atau klinik swasta menelan belanja yang amat besar, tidak termasuk penjagaan kesihatan lain.

Pendapat sama dikongsikan pekerja swasta,  Siti Syamira Abu Halim, 35, yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah, selepas suaminya disahkan positif COVID-19 Selasa lalu.

“Keputusan kerajaan untuk buat ‘Total Lockdown’ memang wajar kerana virus ini merebak dengan begitu cepat sekali. Walaupun saya disahkan negatif dan suami positif COVID-19 pada Selasa lalu, tetapi saya sendiri takut untuk keluar membeli barangan keperluan. Risau sekiranya tiba-tiba saya positif dan menyebarkan virus kepada orang ramai,” katanya.

Menurut Syamira, sejak suaminya disahkan positif virus berkenaan, dia telah berhabis lebih RM1,500 untuk membeli barangan kesihatan serta alat kebersihan rumah bagi mengelakkan virus tersebut menjangkiti dirinya.

“Modal yang terpaksa saya keluarkan untuk melakukan saringan bersama suami sahaja sudah mencecah RM500, itu belum lagi beli barangan kesihatan seperti ubat demam, barang keperluan untuk nyah cemar kuman seperti alkohol dan ‘sanitizer’ serta banyak lagi.

“Sebab itu saya katakan, virus ini kategori kayangan. Kos yang perlu dikeluarkan sekiranya ada ahli keluarga yang dijangkiti COVID-19 ini agak tinggi. Jadi saya harap pihak kerajaan boleh mencari jalan penyelesaian bagi membantu mereka yang terjejas dengan menyediakan sumbangan penjagaan kesihatan atau makanan,” katanya lagi.

Terbaru, Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) menyokong keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari bermula 1 Jun, namun dengan tujuh syarat utama.

Bagaimanapun terdapat tujuh syarat yang dituntut oleh jawatankuasa itu.

Antara lain, jawatankuasa terbabit menggesa kerajaan memberi bantuan 'one-off' kepada golongan B40 dan M40, moratorium pinjaman bank selama tiga bulan, dan rebat Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Ini termasuk memastikan bekalan barangan keperluan harian yang mencukupi, harga barang keperluan tidak naik, memastikan penghantaran barang keperluan tidak terhalang, dan bantuan bakul makanan," kata jawatankuasa terbabit hari ini. - Getaran, 29 Mei 2021

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Politik 14 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 14 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak