web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ambil Alih Lapangan Terbang, KESMA Mohon Zambry Rujuk Kesatuan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 12:04PM

Gambar Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak sewenang-wenangnya menjual Lapangan Terbang Subang, Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports (KESMA) mahu dilibatkan secara langsung dalam sebarang pelan pembangunan lapangan terbang itu.

Presiden KESMA, Hussin Shahar memberitahu Getaran, penglibatan kesatuan pekerja yang dipimpinnya itu adalah demi menjamin kepentingan pekerja di Lapangan Terbang Subang dapat dilindungi, lebih-lebih lagi ketika rakyat sedang dihimpit oleh pandemik COVID-19.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muyhyiddin Yassin dan Pengerusi Malaysia Airports Berhad (MAHB) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana memberi jaminan bahawa MAHB akan dirujuk terlebih dahulu dalam hal pembangunan Lapangan Terbang Subang.

“Cuma saya berharap usahlah kerajaan melayan apa-apa cadangan yang melibatkan penjualan Lapangan Terbang Subang kepada sebarang syarikat swasta kerana ia adalah aset strategik negara,” tegasnya.

Melalui satu siaran media semalam, Zambry berkata pembangunan Lapangan Terbang Subang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) akan dilakukan menerusi pelan yang tersedia di bawah agenda “Subang Airport Regeneration.”

Lapangan Terbang Subang adalah milik MAHB sepenuhnya dan ia adalah antara tujuh daripada lapan lapangan terbang MAHB yang memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan. 

MAHB mempunyai 39 lapangan terbang di bawah naungan mereka.

Lapangan terbang terbabit dikendalikan oleh WTC Holdings, yang dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim menerusi anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn Bhd. 

WTC dikatakan mahu membeli lapangan tersebut, khusus bagi membangunkan projek “bandar lapangan terbang.”

Adalah dianggarkan penjualan berkenaan berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 billion, berdasarkan tempoh perjanjian konsesi Lapangan Terbang Subang yang hanya akan tamat pada 2069.

Sementara itu, Hussin turut menegaskan KESMA akan meneruskan inisiatifnya untuk melibatkan Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah, dalam isu pembangunan Lapangan Terbang Subang kerana ia adalah antara pintu masuk ke negeri berkenaan.

“Kami tetap akan memohon untuk berjumpa dengan Tuanku, kerana negeri Selangor mempunyai kepentingan dalam isu ini,” jelasnya. – Getaran, 29 Mei 2021.

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad