web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Tawar Lebih 5,000 Peluang Pekerjaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 12:26PM

Orang ramai mula beratur seawal 7 pagi tadi untuk mendapatkan diskaun pembayaran saman sebanyak 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 5,000 peluang pekerjaaan akan ditawarkan kepada rakyat menerusi Karnival Kerjaya yang diadakan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, bermula hari ini.

Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Jefry Aziz @ Adan berkata, karnival kerjaya itu disertai 63 syarikat swasta dan disokong Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 

Antara syarikat-syarikat swasta terlibat adalah Affin Group, CIMB, SME Bank, Malaysia Airports, Sime Darby Plantation, Pilot Group, SME Aerospace Sdn Bhd, Senheng, Prolintas Group of Companies dan Ladada Logistics dan Imperial Lexis Kuala Lumpur.

Ahmad Jefry berkata, selain peluang pekerjaan, program juga menawarkan pelbagai hadiah menarik dalam slot cabutan bertuah setiap hari termasuk tiket penerbangan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu; Istanbul, Turkiye dan negara-negara di Asia Tenggara.

“Tumpuan nanti pastinya hadiah utama yang ditawarkan pada Ahad iaitu sebuah rumah, jadi pengunjung digalakkan untuk datang bagi memanfaatkan peluang ini,” katanya ketika menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan Radio Televisyen Malaysia hari ini.

Sementara itu, Ahmad Jefry melihat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bukan setakat menjadi tarikan kepada rakyat untuk melihat inisiatif yang dilakukan setiap kementerian, tetapi juga satu wadah sesi libat urus kerajaan dengan rakyat.

“Ini bermakna apabila datang, kita tahu apa penegasan dan komponen penting yang cuba diketengahkan kerajaan, selain perkara-perkara baharu dan aspek penambahbaikan yang dilaksana sepanjang 2023, di samping akan diberi penerangan berhubung inisistiaf lain tahun depan,” katanya.

Penganjuran program yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Kemuncak program itu adalah majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad ini dan ia akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Kenaikan Kos Bahan Api: Kerajaan Perluas Bantuan Diesel

2

Semasa 9 bulan yang lalu

5 Beranak Manfaatkan Bantuan SARA Beli Barangan Dapur Untuk 2 Bulan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs PERKESO 2024 Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad