web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Beranak Manfaatkan Bantuan SARA Beli Barangan Dapur Untuk 2 Bulan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2025 6:36PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sekali beri yang diterima lima sekeluarga di sini, sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan harian mereka untuk tempoh dua bulan akan datang.

Seorang graduan sebuah institusi pendidikan tinggi Norsarah Hishamuddin, 28, yang berasal dari Tampin berkata bantuan itu amat bermakna kerana dapat membantu kedua ibu bapanya membeli barangan dapur.

Norsarah, bersama dua adiknya yang berusia 25 dan 20 tahun serta ibu bapa mereka yang berkhidmat sebagai pendidik masing-masing menerima bantuan RM100, menjadikan jumlah keseluruhan RM500 untuk keluarga berkenaan.

"Saya dan adik-beradik belum bekerja, sekurang-kurangnya bantuan ini dapat tolong ibu dan ayah beli barangan keperluan harian, teruja juga apabila membuat semakan, kami tiga beradik antara penerima SARA ini. Diharapkan bantuan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya kepada Bernama.

Norsarah juga berharap inisiatif murni seperti itu bukan sekadar bantuan dalam bentuk kewangan, tetapi menunjukkan Kerajaan MADANI benar-benar prihatin dengan kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa pasar raya di Johor mendapati orang ramai mengambil peluang cuti umum untuk membeli barangan keperluan asas.

Nor Hanida Md Yasin, 45, berkata dia dan suami bercadang menebus bantuan secara berperingkat bagi menguruskan perbelanjaan bulanan dengan lebih teratur.

"Dengan RM100 itu, bolehlah saya beli gula, beras, minyak masak, sardin, susu tin dan macam-macam lagi. Walaupun tidak banyak, ia membantu kami kerana sebahagian barang asas sudah ditampung.

"Hampa sikitlah bila sistem terganggu hari ini, tetapi kami faham mungkin ramai yang menebus pada cuti umum. Jadi, kami rancang untuk datang semula pada hari biasa," katanya yang menetap di Pulai Jaya.

Pekerja swasta S. Segar, 34, berkata dia teruja apabila pertama kali berpeluang menebus bantuan SARA untuk membeli barangan dapur dan menggunakan sepenuhnya bantuan yang diterima hari ini.

"Cadangnya nak beli beras, gula, garam dan biskut, tetapi disebabkan sistem terganggu, kami tangguh dulu. Hari ini guna duit sendiri, dan tebus bantuan SARA pada masa akan datang. Namun apa pun, terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan dan hadiah Merdeka ini," katanya, yang bekerja di Singapura.

Bantuan SARA berjumlah RM100 secara sekali beri mula disalurkan semalam melalui Mykad, memberi manfaat kepada 22 juta rakyat dengan peruntukan RM2 bilion.

la diberikan kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira kategori B40, M40 atau T20, dan boleh ditebus secara tanpa tunai di pasar raya terpilih menggunakan Mykad masing-masing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 bulan yang lalu

Kenaikan Kos Bahan Api: Kerajaan Perluas Bantuan Diesel

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bantuan SARA Disalur Bermula Hari Ini

3

Semasa 10 bulan yang lalu

SARA RM100: Sistem Pembelian Berjalan Lancar - PM 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad