web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hina Melayu: Makcik Kemboja, Anak Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 1:22PM

Mariyah Yaakob (tengah) didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn Bhd, Mariyah Yaakob, 47, hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat kenyataan mengapikan kaum Melayu di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini. 

Wanita asal Kemboja itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, usahawan tersebut membuat satu pernyataan melalui rakaman video di aplikasi TikTok miliknya yang ditonton di Bukit Piatu, Kampung Musai dalam daerah Melaka Tengah.

Tertuduh membuat penyataan tersebut pada 16 November lepas sekitar 6 petang dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan. 

Dalam prosiding berbeza, anak lelaki tertuduh Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, yang juga Pengarah Mariyah Holdings Sdn Bhd, turut mengaku tidak bersalah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok ibunya membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan seorang perempuan mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya. 

Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain yang telah ditonton pada tarikh, masa dan lokasi yang sama. 

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998  (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3)Akta yang sama. 

Tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. 

Kedua-dua prosiding yang dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka Ahmad Sazali Omar mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan. 

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Kamal Hisham Jaafar memohon jaminan rendah memandangkan Mariyah seorang ibu tunggal yang menanggung tiga anak, selain perniagaannya terjejas akibat COVID-19 dan diboikot susulan kes itu, manakala Ezuan Hafsham masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta. 

Hakim Mohd Sabri menetapkan jaminan RM15,000 ke atas Mariyah manakala RM10,000 terhadap Ezuan Hafsham. 

Mahkamah juga membenarkan syarat tambahan seperti dicadangkan oleh pendakwa raya iaitu pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tidak boleh memberi sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak kerana dikhuatiri mengganggu perjalanan kes. 

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Januari depan bagi serahan dokumen dan sebutan semula kes. 

Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang mengaku asal Kemboja, tetapi sudah lama bermastautin di negara ini sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.

Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan, menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

2

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

4

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad