Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Percepat Projek Untuk Kemudahan Rakyat Sabah, Jangan Beri Alasan Lagi - PM

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 12:39PM

Perdana Menteri (kiri) ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya pembangunan kemudahan rakyat Sabah termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuh Raya Pan Borneo dipercepatkan, tanpa ada sebarang alasan lagi.

Beliau berkata penegasan itu perlu dilakukan kerana terdapat projek-projek pembangunan untuk kemudahan rakyat di negeri ini tertangguh, antaranya Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di sini yang mampu memberi bekalan elektrik dan air yang selesa untuk rakyat.

"Projek tertangguh antaranya menyebabkan dua kesan iaitu kos meningkat dan kesan kepada harapan rakyat untuk memperoleh kemudahan terutama untuk mendapatkan kemudahan bekalan elektrik dan air. Contohnya empangan ini, pastikan supaya ada perlaksanaan dan pemantauan supaya tiada alasan untuk lengahkan.

"...tekad ini amat kritikal, mendesak untuk rakyat, siapkan lebih cepat dan beri keselesaan kepada rakyat. Itu sikap kita mesti ada sekarang," katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, dan Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) Datuk Annuar Ayub.

Empangan Hidroelektrik Ulu Padas yang dijangka siap pada 2029 dengan kos RM4 billion mempunyai kapasiti pembekalan elektrik 187.5 megawatt.

Empangan yang mempunyai kawasan tadahan 1,905 kilometer persegi itu dibangunkan UPP Holdings Sdn Bhd, dan ditubuhkan hasil kerjasama strategik SEC sebuah anak syarikat kerajaan negeri Gamuda Berhad dan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd.

Anwar berkata selain empangan itu, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengambil masa lama disiapkan, antara lain disebabkan isu kontraktor dan campur tangan keputusan politik, dan ia perlu diselesaikan segera bagi memberikan kemudahan pengangkutan terbaik untuk rakyat.

"Kita pastikan urusan kontraktor lebih telus. (Lebuhraya) Pan Borneo ini sudah puluhan tahun, hampir siap di Sarawak. RM15 billion untuk projek ini bukan murah, saya minta Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya) membuat pemantauan dan bagi kuasa untuk segerakan," katanya.

Beliau berkata selain untuk rakyat, kemudahan asas itu juga penting dalam usaha menarik masuk lebih ramai pelabur dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan, sesuai dengan keperluan pelaburan terbabit. 

Sementara itu, Anwar membidas tindakan sesetengah pemimpin politik yang mendakwa kononnya kerajaan Persekutuan tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada Sabah, sedangkan menurutnya Kerajaan Perpaduan masa ini berusaha keras untuk membawa pembangunan demi kepentingan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata ada pemimpin politik terlibat memainkan sentimen bagi mendapatkan sokongan rakyat Sabah dengan membandingkan apa yang diberikan kerajaan Persekutuan kepada negeri ini dengan Pulau Pinang.

“Mereka dakwa di Pulau Pinang ada projek LRT RM10 billion, itu projek yang dibiayai swasta, bukan Persekutuan...boleh usaha dapatkan sokongan rakyat Sabah, tetapi jangan mainkan sentimen pecah belahkan rakyat kita semua,” katanya.

Katanya pada 2024 sebanyak RM6.8 billion belanjawan pembangunan telah diperuntukkan untuk Sabah dan RM1.4 billion untuk Pulau Pinang, jumlah peruntukan tertinggi dalam sejarah negara (sekali gus) membuktikan keprihatinan kerajaan Persekutuan kepada Negeri di Bawah Bayu itu.

“Berapa peruntukan setahun (termasuk pengurusan) di Sabah? Lebih RM16 billion, ini terbesar untuk mana-mana negeri tetapi pembangkang kritik saya kenapa beri lebih kepada Sabah, saya jawab di Parlimen sebab Sabah ketinggalan bekalan air, elektrik lebih serius di Sabah berbanding negeri di Semenanjung,” katanya.

Anwar berkata sebagai seorang Perdana Menteri, beliau perlu melaksanakan tanggungjawab untuk membangunkan semua negeri, bagaimanapun tumpuan dan projek pembangunan perlu lebih diberikan kepada Sabah pada masa ini kerana negeri ini ketinggalan berbanding dengan negeri lain. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Guna Hubungan Baik Pelbagai Negara Bantu Henti Kekejaman Di Gaza - PM

2

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pelabur Arab Saudi Dipelawa Terokai Projek Bernilai Tinggi Malaysia - PM

4

Ekonomi 3 hari yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Sukan 15 jam yang lalu

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Semasa 17 jam yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Akan Diperincikan Semasa Pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi

Semasa 11 jam yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa 12 jam yang lalu

Pekerjaan Hijau Kurangkan Pengangguran, Pelihara Alam Sekitar