web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Ladang Warga Indonesia Maut Diserang Gajah Liar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 8:15PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang pekerja ladang warga Indonesia maut dipercayai diserang seekor gajah liar di Ladang Upayapadu, Mukim Relai, Chiku, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, Sandra Kirana Sinaga, 39, ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri pada jam 9.45 malam di ladang itu. 

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 12.14 tengah malam.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan telah meninggal dunia di ladang getah Division B5, Ladang Upayapadu, di sini. 

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kematian mangsa. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa kepada Unit Forensik Hospital Gua Musang bagi proses bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 

Sik berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani mengesahkan mangsa maut akibat diserang gajah liar (Elephas maximus).

“Kira-kira jam 10 malam, Perhilitan Daerah Kuala Krai telah menerima aduan dari pihak pengurusan ladang berkenaan mengenai serangan haiwan liar terhadap pekerja ladang tersebut. Hutan simpan yang berhampiran adalah Hutan Simpan Lebir dan Hutan Simpan Relai.

“Anggota Perhilitan tiba jam 11.15 malam di lokasi kejadian dan telah mengenal pasti spesies yang menyerang mangsa adalah gajah liar (Elephas Maximus),” katanya.

Menurut Mohamad Hafid, Perhilitan telah mengambil langkah proaktif dalam usaha mengurangkan Konflik Manusia-Gajah melalui pelbagai tindakan termasuk operasi tembak halau, operasi kawalan, pemantauan serta operasi tangkap pindah.

“Perhilitan memohon kerjasama pemilik ladang supaya mengamalkan amalan pertanian yang baik seperti menyediakan sistem pagar elektrik gajah (SPEG), membina parit gajah dan tidak membiarkan kawasan ladang yang tidak ditanam dalam keadaan semak samun,” katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Maut Dalam Kenderaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jabatan Perhilitan Selangor Berjaya Tangkap Buaya Tasik Shah Alam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

10,000 Orang Asli Temiar Di 7 Penempatan Terputus Hubungan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad