web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota Polis Antara 4 Dituduh Culik Wartawan Bangladesh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 8:48AM

Hussein Omar Khan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Seorang anggota polis dan tiga orang awam yang disyaki menculik seorang wartawan warga Bangladesh telah dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada 22 November lepas. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata dua orang awam yang dituduh merupakan rakyat tempatan manakala seorang lagi merupakan warga Bangladesh.

“Susulan itu, pihak polis sudah membuat lapan tangkapan dan daripada empat dituduh merupakan seorang anggota polis,” katanya.

Keempat-empat suspek dituduh mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan, katanya kepada pemberita selepas Program Refresh Session Go to Safety Point (GTSP) di Petronas Solaris, di sini semalami.

Pada 7 November lepas, seorang wartawan warga Bangladesh mendakwa diculik dan diseksa selama tiga hari oleh beberapa lelaki tempatan yang mengaku anggota polis di sebuah rumah di Klang, Selangor.

Lelaki berusia 30-an yang enggan dikenali itu berkata sepanjang tempoh itu, dia dipukul, dirotan, diterajang di perut dan dikelar pada bahagian tangan oleh kumpulan lelaki berkenaan yang meminta wang berjumlah RM1.9 juta daripadanya, jika mahu dilepaskan.

Mengenai perkembangan kes pergaduhan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 25 Nov lepas, beliau berkata sembilan suspek telah dituduh di Mahkamah Petaling Jaya hari ini manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.

“Pada Ahad lepas, polis menahan 23 individu dan kita sedang mengesan dua lagi suspek yang dikehendaki,” katanya.

Terdahulu, Hussein dalam ucapannya pada majlis itu berkata GTSP merupakan inisiatif kerajaan supaya orang ramai boleh mendapat bantuan awal ketika situasi kecemasan.

“Stesen minyak adalah tempat strategik yang mana orang awam boleh pergi pada bila-bila masa dan kebanyakannya dibuka 24 jam,” katanya. 

Beliau berkata peranan dan tanggungjawab pengusaha atau pemilik stesen minyak GTSP adalah untuk menyediakan tempat rehat kepada mangsa, menenangkan dan memberi rawatan awal (jika berlaku  kemalangan). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

2

Semasa 4 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

3

Semasa 4 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Semasa 6 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad