web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkampungan Setinggan Diserbu, 69 PATI Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 8:32AM

Semua PATI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menahan 69 pendatang tanpa izin dalam Operasi Penguatkuasaan di sebuah perkampungan setinggan di Kampung Pantai Dalam di sini, awal hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha berkata mereka antara 110 warga asing yang diperiksa dalam serbuan bermula 1.30 pagi dengan disertai 111 anggota serta dibantu masing-masing empat anggota Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Pertahanan Awam.

Beliau berkata kesemua individu itu berumur dua hingga 70 tahun, terdiri daripada 45 lelaki, 23 wanita serta seorang kanak-kanak lelaki.

Serbuan itu, katanya dijalankan hasil daripada risikan selama seminggu selepas menerima aduan awam  mengenai keberadaan warga asing yang menghuni kawasan itu.

“Antara kesalahan disyaki dilakukan mereka ialah tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen dan permit perjalanan yang sah serta lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Pihak imigresen juga mengeluarkan satu saman kepada seorang lelaki warga tempatan yang menetap di kawasan perkampungan itu dipercayai melindungi pendatang tanpa izin dengan membenarkan mereka tinggal di rumahnya,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Jafri Embok berkata semua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, seorang pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu memaklumkan dia memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, namun telah tinggal lebih masa hingga bernikah dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. 

Wanita warga Indonesia berusia 26 tahun itu berkata dia masuk ke negara ini pada 2018 dengan niat mahu mencari pekerjaan selain didorong bapanya yang turut menetap di negara ini serta telah mendapat taraf pemastautin tetap.

“Arwah bapa yang nikahkan kami. Suami dan anak saya juga telah ditahan malam ini. Sepanjang tempoh lima tahun di sini, saya tidak pernah menghadapi situasi diperiksa seperti malam ini.

“Saya ambil keputusan untuk mencari rezeki di Malaysia kerana nak sara keluarga yang miskin di Madura, Indonesia,” katanya yang menyewa bilik pada harga RM400 sebulan di kampung itu hasil bekerja sebagai tukang cuci dengan bayaran RM1,500 sebulan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar