web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2025 5:48PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 171 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Jalan Masjid India di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JIM Basri Othman berkata operasi sejam bermula pada 12 tengah hari itu melibatkan 160 pegawai yang memeriksa 758 individu termasuk 254 warga tempatan dan 14 premis perniagaan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada warga India, Bangladesh dan Indonesia berusia antara 20 hingga 50 tahun atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas dan tinggal lebih masa.

"Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam sidang media selepas operasi itu.

Beliau berkata terdapat warga asing yang cuba menyamar sebagai pelanggan dan melakukan provokasi namun taktik itu berjaya dipatahkan.

"Anggota kami berada di kawasan itu sejak 10 pagi untuk mengenal pasti pekerja asing dan pelanggan sebenar," katanya sambil menambah semua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Sementara Millenium di Beranang, Selangor.

Basri berkata ini adalah operasi kedua di kawasan itu selepas 15 Feb lalu dan akan diteruskan bagi memperkukuh penguatkuasaan selain memastikan pematuhan oleh majikan serta pekerja asing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

4

Semasa 2 tahun yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad