web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ramasamy Bayar RM1.52 Juta Kepada Zakir Naik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 8:55PM

P. Ramasamy - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy telah membayar ganti rugi RM1.52 juta kepada  pendakwah bebas Dr Zakir Naik kerana memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mengesahkan perkara itu berkata jumlah berkenaan dimasukkan ke akaun peguam pada 17 November, susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 November.

Pada hari berkenaan, Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz memerintahkan Ramasamy membayar ganti rugi lebih RM1 juta kerana memfitnah Zakir dan juga supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pendakwah itu selepas membenarkan dua saman yang dibawa oleh Zakir.

Sementara itu, semasa prosiding hari ini di hadapan hakim yang sama, peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Ramasamy memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya menarik balik permohonan untuk menangguhkan keputusan permohonan maaf itu, sementara menunggu rayuan itu diselesaikan.

“Pihak-pihak telah mencapai satu persetujuan dan kami ingin menarik balik kedua-duanya (penangguhan permohonan maaf) tanpa sebarang perintah mengenai kos,” kata peguam itu.

Perkara itu turut disahkan oleh Akberdin. Bagaimanapun, Akberdin memberitahu media bahawa syarat untuk penarikan balik itu 'rahsia'.

Zakir memfailkan saman pertama terhadap Ramasamy berhubung empat kenyataan fitnah ahli politik itu pada 2016, 2017, 2019 dan 2019 yang antaranya menerusi artikel “Is Malaysia harbouring alleged fugitive Zakir Naik?”, diterbitkan oleh portal berita dalam talian.

Pendakwah bebas itu itu memfailkan saman kedua berhubung artikel lain dengan mendakwa Ramasamy telah memfitnahnya melalui ulasannya yang turut diterbitkan oleh portal berita dalam talian pada 2019. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Zakir Naik Guna Pasport India Ke Qatar, Mahkamah Diberitahu

2

Politik 3 tahun yang lalu

Kaum India PH Kecewa Kurang Wakil Dalam Kabinet Anwar

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Rayuan Dr Zakir Ditolak, Kes Saman Didengar Di Mahkamah Tinggi P Pinang

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad