web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rayuan Dr Zakir Ditolak, Kes Saman Didengar Di Mahkamah Tinggi P Pinang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 4:47PM

Zakir Naik -

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh penceramah bebas Dr Zakir Naik terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban S Raveentharan akan didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini  yang menolak permohonan Dr Zakir untuk kebenaran merayu selepas membenarkan bantahan awal peguam Raveentharan iaitu Datuk T Tharumarajah, Kernail Singh dan Asmeeta Rajendran.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat berkata keputusan Mahkamah Rayuan pada Ogos tahun lepas adalah berdasarkan bantahan awal yang dikemukakan pada pendengaran rayuan itu dan Mahkamah Rayuan tidak meneruskan untuk mendengar merit rayuan itu.

“Oleh itu, usul kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan sekarang terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan itu adalah berdasarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh responden (Raveentharan) di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Beliau berkata kebenaran tidak boleh diberikan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 kerana permohonan kebenaran merayu mestilah berkaitan dengan perkara di Mahkamah Tinggi dalam bidang kuasa asalnya.

Hakim Ong membenarkan bantahan awal itu dan menolak permohonan kebenaran merayu dengan kos RM30,000.

Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Raveentharan untuk memindahkan kes saman itu ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, menyebabkan Dr Zakir memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun  pada 13 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Zakir  selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguam Raveentharan berhubung ketidakpatuhan terhadap peruntukan mandatori Kaedah 18(6) Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 oleh bekas peguam cara (Dr Zakir) berkaitan rekod rayuan.

Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Pada prosiding mahkamah hari ini yang dijalankan secara maya, Kernail Singh mengemukakan bantahan awal dengan mengatakan permohonan Dr Zakir untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan adalah tidak kompeten. 

Beliau berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberikan kebenaran kerana persoalan undang-undang yang dibangkitkan tidak timbul daripada penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan berkenaan dengan kausa perkara yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.

Kernail Singh berhujah Mahkamah Rayuan tidak mendengar rayuan Dr Zakir mengenai merit terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam menjalankan bidang kuasa asalnya, sebaliknya Mahkamah Rayuan mendengar bantahan awal.

Dalam erti kata lain, Mahkamah Rayuan mendengar bantahan awal dalam melaksanakan bidang kuasa asal Mahkamah Rayuan, tambahnya.

Peguam Dr Zakir, Datuk Sulaiman Abdullah yang hadir bersama Dr Rafie Shafie dan Datuk Akberdin Abdul Kader, berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan perlu mendengar permohonan kebenaran merayu itu.

Beliau berkata individu yang mengemukakan bantahan awal harus menyatakan dengan lengkap apakah alasannya itu, tetapi dalam kes tersebut, Raveentharan tidak menyatakan apa-apa.

Pada 12 Disember 2019, Dr Zakir selaku plaintif memfailkan saman terhadap bekas ADUN itu atas dakwaan memuat naik lima kenyataan fitnah di Facebook antara 13 dan 17 Oktober tahun sama.

Plaintif memohon perintah daripada mahkamah supaya Raveentharan mengeluarkan lima kenyataan fitnah itu daripada laman sesawang, media sosial atau mana-mana medium yang berkaitan selain menuntut ganti rugi am, teruk, teladan dan pampasan, serta relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 3 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad