web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zakir Naik Guna Pasport India Ke Qatar, Mahkamah Diberitahu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 7:00AM

Zakir Naik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwah kontroversi, Zakir Naik memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa beliau masih warganegara India dengan dokumen perjalanan yang sah dan setia kepada negara kelahirannya itu.

Zakir berkata demikian ketika berada di kandang saksi dalam kes saman fitnah difailkannya terhadap mantan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Pendakwah itu yang juga pemastautin tetap Malaysia sejak April 2016 disoal peguam bela berhubung status kewarganegaraan sebagai rakyat India, memandangkan pelbagai penerbitan berita sebelum ini melaporkan kerajaan negara berkenaan sudah membatalkan pasportnya.

Zakir memberitahu mahkamah bahawa ketika melakukan perjalanan ke Doha, Qatar baru-baru ini, beliau menggunakan pasport India.

“Ya, Zakir disoal siasat hari ini (semalam) berhubung status kewarganegaraannya di India dan dokumen perjalanan beliau.

“Beliau juga ditanya apakah dokumen digunakan untuk perjalanannya ke Doha, Qatar.

“Pada asasnya, beliau masih memiliki pasport India dan laporan mengatakan sebaliknya adalah tidak benar,” kata seorang peguam mewakili Zakir, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff kepada The Vibes selepas prosiding semalam

Sebelum ini, dilaporkan bahawa pendakwah itu hadir semasa Piala Dunia FIFA di Qatar pada November tahun lalu.

Malah, dalam kenyataan saksi dibuat Zakir difailkan di mahkamah pada 17 November tahun lalu yang merujuk kepada temu bual diterbitkan The Week pada Mei 2019, beliau mendakwa menolak banyak tawaran kewarganegaraan kerana tidak mahu melepaskan kerakyatan India.

“Oleh itu, dakwaan defendan (Santiago) di atas, antara lain, bahawa saya sebagai ‘warganegara India tidak taat setia kepada negara’, ‘menyebabkan huru-hara dalam kalangan orang India’, ‘menunjukkan ketidaksetiaan kepada negara kelahiran saya dan pelarian daripada keadilannya’, semuanya dinafikan,” kata Zakir dalam kenyataan saksinya.

Berhubung dakwaan menyebabkan perpecahan kaum di Malaysia

Zakir memfailkan saman terhadap Santiago pada November 2019, dengan mendakwa kenyataan dibuat mantan Ahli Parlimen DAP itu dalam catatan Facebook pada Ogos tahun sama adalah fitnah.

Dalam catatan itu, Santiago menyebut bahawa kenyataan Zakir semasa berucap di Kelantan pada Ogos 2019 adalah menghasut, berbahaya dan berpotensi mencetuskan rusuhan kaum.

Santiago juga berkata, Zakir cuba memihak kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Muhammad yang enggan mengekstradisi pendakwah terbabit walaupun terdapat permintaan daripada India.

Difahamkan, dakwaan Santiago merujuk kepada kenyataan Zakir memberitahu orang ramai bahawa minoriti Hindu di Malaysia dilayan jauh lebih baik daripada umat Islam di India, walaupun peratusan penduduknya lebih kecil.

Bagaimanapun, dalam ucapan sama, Zakir juga seolah-olah mengatakan penganut Hindu Malaysia menyokong Perdana Menteri India dan bukan pemimpin mereka di Malaysia.

“Mereka adalah separuh daripada peratusan, dari segi bilangan sangat kurang, separuh daripada peratusan India di mana Muslim berada, tetapi hak mereka dapat di sini (adalah) seratus kali ganda daripada hak diberikan India kepada minoriti.

“Sehinggakan mereka menyokong Perdana Menteri India, tetapi bukan Perdana Menteri Malaysia, Masha Allah,” Zakir dipetik sebagai berkata dalam ucapan itu.

Berkenaan kenyataan mengenai Cina Malaysia

Sementara itu, apabila didakwa turut membuat kenyataan menghina Cina Malaysia dan meminta mereka meninggalkan negara ini, Zakir sekali lagi mengatakan bahawa kenyataan beliau disalah lapor.

Dia menjelaskan bahawa Santiago membuat kesimpulan salah berhubung ucapannya dan kata-katanya dimanipulasi.

Sebahagian daripada teks dalam perdebatan itu mengatakan ‘Hari ini, seseorang memanggil saya tetamu. Jadi, saya berkata, sebelum saya, orang Cina adalah tetamu. Mereka tidak dilahirkan di sini. Jadi, kalau nak tetamu baru pergi dulu, minta tetamu lama balik. Orang Cina, kebanyakan mereka tidak dilahirkan di sini. Mungkin generasi baharu, ya.”

Dalam pembelaannya terhadap dakwaan itu, Zakir merujuk kepada kenyataan akhbar sebelum ini di mahkamah di mana beliau menjelaskan bahawa beliau mendapati adalah tidak adil bahawa penganut Hindu di Malaysia, lebih mempercayai kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi berbanding Interpol, mahkamah India dan kerajaan Malaysia ke atas tuduhan jenayah terhadapnya.

Sementara itu, berhubung kenyataannya mengenai kaum Cina, Zakir berkata, beliau digelar ‘tetamu’ oleh seorang warganegara Malaysia yang menyuruhnya meninggalkan negara ini, di mana pendakwah terbabit mendakwa seorang ahli politik Cina tempatan bersetuju dengan cadangan berkenaan.

“Saya tidak pernah mencadangkan supaya orang Cina pergi, sebaliknya, saya hanya menunjukkan ‘kecacatan’ hujahnya dengan mengingatkannya bahawa dia adalah ‘tetamu’ seperti saya.

“Bagaimana ini dikatakan ‘pengusiran Cina’ seperti didakwa individu yang tidak sukakan saya?” soal Zakir dalam kenyataan akhbar bertarikh Ogos 2019 yang dirujuk dalam kenyataan saksinya.

Harus diingat bahawa walaupun kenyataan saksi Zakir tersedia sepenuhnya melalui sistem e-filing badan kehakiman, terdapat kemungkinan mahkamah memadam beberapa bahagian dokumen semasa prosiding. – The Vibes, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ramasamy Bayar RM1.52 Juta Kepada Zakir Naik

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Rayuan Dr Zakir Ditolak, Kes Saman Didengar Di Mahkamah Tinggi P Pinang

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad