web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Terengganu Pulih, Jumlah Mangsa Meningkat Di Kelantan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 10:02AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Situasi banjir di Terengganu pada pagi ini pulih sepenuhnya, apabila semua mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, manakala jumlah mangsa terus meningkat di Kelantan. 

Di TERENGGANU, PPS yang terakhir beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, Kuala Terengganu ditutup pada 8 malam semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), tiga mangsa daripada satu keluarga yang berlindung di PPS itu dibenarkan pulang ke kediaman mereka selepas banjir surut.

Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu pada 20 November lalu telah mengakibatkan seramai 4,787 mangsa daripada 1,260 keluarga dipindahkan ke 32 PPS di tujuh daerah negeri ini.

Daerah terlibat termasuk Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut, Setiu, Marang, Kemaman dan Dungun.

Di KELANTAN, jumlah mangsa meningkat kepada 816 orang daripada 241 keluarga setakat jam 8 pagi ini, berbanding 795 orang daripada 235 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) empat PPS masih beroperasi melibatkan jajahan Kota Bharu, Pasir Mas dan Bachok.

Di Kota Bharu, 192 mangsa daripada 57 keluarga ditempatkan di SK Sering manakala SK Gual To’Deh di Pasir Mas menempatkan 226 mangsa daripada 77 keluarga.

Sementara itu, seramai 116 mangsa daripada 33 keluarga berada di SK Jelawat dan 282 mangsa daripada 74 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor di jajahan Bachok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad