web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Rangka Rang Undang-Undang Jaga Kebajikan Pesara, Bekas Pegawai Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 1:01PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang merangka rang undang-undang bagi mengawal selia aspek kebajikan pesara dan bekas pegawai polis menerusi satu entiti secara lebih teratur.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, rang undang-undang itu masih di peringkat penelitian pegawai undang-undang KDN dan sesi libat urus dijangka dilaksanakan tahun depan sebelum dibawa ke Jemaah Menteri dan seterusnya dibentang di Parlimen.

“Rang undang-undang pesara dan bekas pegawai polis ini dijadikan punca kuasa untuk antaranya perkara berkaitan pendaftaran pesara dan bekas pegawai polis, sebagai mengawal persatuan pesara dan bekas pegawai polis serta menjadi punca kuasa untuk menjaga kebajikan mereka, ini yang penting," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) mengenai sama ada KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai perancangan mewujudkan undang-undang bagi pesara polis seperti Akta Veteran 2012 bagi menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia. 

Shamsul Anuar berkata, ia juga dapat menjamin penyaluran peruntukan bantuan kepada pesara dan bekas pegawai polis supaya lebih teratur dan berkesan berbanding situasi semasa. 

Menjawab soalan asal Shamsulkahar mengenai pecahan penerima bantuan bagi pesara dan bekas pegawai polis, Shamsul Anuar berkata, sejak 2014 hingga 2022, sejumlah 13,864 permohonan bantuan sudah diluluskan dengan implikasi kewangan kira-kira RM19 juta.

Beliau berkata, 1,595 permohonan atau kira-kira RM1.29 juta pula akan dibayar pada tahun ini.

Katanya bantuan yang disalurkan adalah khairat kematian, bantuan perubatan, bantuan pergerakan dan pendidikan yang disalurkan melalui Tabung Amanah Warisan Polis. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesara Polis Ditemukan Mati Di Pantai Labuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad