web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuba Hulur Kunci Tapi Tersepit, Bomba Bantu Lepaskan Kanak-Kanak 6 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 8:46PM

Kanak-kanak itu cuba membantu menghulurkan kunci kepada bapanya yang berada di luar rumah melalui laluan koridor tingkat tiga pangsapuri - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun diselamatkan anggota bomba selepas tersepit pada tingkap rumahnya di Pangsapuri Pasir Puteri, Ujong Pasir di sini hari ini.

Difahamkan kejadian dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu cuba membantu menghulurkan kunci kepada bapanya yang berada di luar rumah melalui laluan koridor tingkat tiga pangsapuri itu kerana pintu hadapan rumah mereka terkunci. 

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nor Mohd Sheh berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian kira-kira 1.10 tengah hari dan enam anggota bomba tiba di lokasi terbabit enam minit kemudian.

"Kunci itu tidak sempat diberikan (kepada bapanya) kerana mangsa telah tersepit. Bapa kanak-kanak itu cuba membantu dengan memecahkan tombol pintu, namun pintu itu tidak berjaya dibuka.

"Apabila tiba di rumah itu, pihak bomba terpaksa memecahkan pintu berkenaan dan mendapati kanak-kanak terbabit tersepit pada celah tingkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa tanpa mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar