web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 1,000 Pekerja Asing Terabai Dapat Pekerjaan, Majikan Baharu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 10:04PM

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Kelapan bersama Kementerian Dalam Negeri telah bersetuju membekukan proses kemasukan pekerja asing bagi subsektor pembersihan dan pencucian - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 1,058 pekerja asing terabai berjaya mendapat penempatan pekerjaan dengan majikan baharu setakat 9 Nov lepas, demikian menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Dalam satu kenyataan hari ini, KSM memaklumkan kesemua mereka dibantu melalui operasi menyelamat pekerja terabai dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

“Bertindak atas makluman orang awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga kedutaan, KSM menjalankan operasi menyelamat pekerja ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Menyelamat di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung.

“Operasi menyelamat pekerja terabai telah dilakukan dan siasatan mendapati pekerja tersebut menganggur selama hampir tiga bulan tanpa sebarang sumber pendapatan,” menurut kenyataan itu.

Selain penempatan pekerjaan dan majikan baharu, KSM berkata pihaknya turut mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang mengabaikan pekerja tersebut di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Langkah menyelamatkan mereka yang dikategorikan sebagai pekerja terabai ini merupakan keputusan yang tepat bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa pemerdagangan orang dan membawa kepada elemen buruh paksa seperti digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa,” menurut KSM.

Selain itu, KSM memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Kelapan bersama Kementerian Dalam Negeri telah bersetuju membekukan proses kemasukan pekerja asing bagi subsektor pembersihan dan pencucian.

Katanya, keputusan dibuat susulan lebih daripada separuh pekerja asing terabai yang diselamatkan adalah daripada sektor berkenaan.

Menurut KSM, permohonan kuota pengambilan pekerja asing yang telah diluluskan dalam semua sektor dan subsektor termasuk sektor pembersihan dan pencucian turut diarahkan untuk disemak semula.

Kementerian itu memaklumkan pihaknya akan terus bekerjasama dengan jabatan dan agensi di bawahnya dalam mempergiatkan pelaksanaan operasi serta penguatkuasaan selaras dengan perundangan di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan.

“KSM yakin melalui peningkatan operasi dan penguatkuasaan berterusan akan dapat memastikan industri perburuhan negara bebas daripada isu pekerja terabai dan seterusnya menghapuskan sebarang kegiatan yang membawa kepada buruh paksa,” menurut KSM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar