web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di Terengganu Berkurang, Kelantan Kekal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 9:49AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan pengurangan, manakala di Kelantan kekal sama pagi ini.

Di TERENGGANU, situasi banjir menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurang daripada 3,619 orang pada 10 malam tadi kepada 3,581 orang pada jam 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kuala Nerus masih mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,598 orang daripada 430 keluarga yang ditempatkan di 15 PPS, manakala di Kuala Terengganu 956 mangsa daripada 279 keluarga di lima PPS.

Sementara itu di Marang, 732 mangsa daripada 183 keluarga berlindung di enam PPS, manakala di Besut 272 mangsa daripada 60 keluarga di dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut dan Balairaya Beris Tok Abu dan di Dungun 23 mangsa daripada lima keluarga di PPS SK Tok Kah.

Dalam pada itu paras air sungai di dua stesen utama iaitu Parit Utama di Padang Kemunting, Kuala Nerus dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman berada pada tahap amaran, manakala Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman, pada tahap waspada.

Di KELANTAN, jumlah mangsa yang ditempatkan di enam PPS masih kekal 373 orang daripada 96 keluarga setakat jam 8.30 pagi ini, sama seperti malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 312 mangsa banjir di jajahan Pasir Puteh berada di empat PPS iaitu SK Dalam Rhu, SK Wakaf Raja, SK Sungai Petai dan Dewan Kompleks Kamil.

Di Bachok, 61 mangsa ditempatkan di PPS SK Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor.

Banjir di PERAK, sudah pulih sepenuhnya apabila PPS terakhir di SK Alor Pongsu, Kerian ditutup petang semalam.

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan kesemua 39 orang daripada 14 keluarga yang berlindung di PPS itu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing apabila banjir surut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad