web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Melaka Tumpas Sindiket Pengedaran Dadah Bernilai RM6.94 Juta 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 8:24PM

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah (tiga, kanan) menunjukkan dadah pelbagai jenis yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Ayer Keroh hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan terbesar di Melaka tahun ini, susulan penahanan tiga lelaki tempatan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6.94juta  dalam dua serbuan berasingan, Sabtu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka bersama Peronda Lebuh Raya (EMPV) serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berjaya memintas kereta jenis Volkswagen Passat di Kilometer 206 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan. 

"Dalam serbuan kira-kira jam 2.45 petang itu, polis menahan suspek berusia 27 tahun itu, selain menemukan dadah jenis syabu seberat 10.39 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM342,943 di tempat duduk belakang dan but kereta terbabit.

"Hasil soal siasat suspek tersebut, dua lagi suspek lelaki berusia 46 dan 51 tahun ditahan pada kira-kira jam 8.30 malam di sebuah rumah di Jinjang, Kuala Lumpur yang dijadikan stor simpanan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, hasil pemeriksaan di rumah terbabit polis telah menemukan pil ekstasi seberat 67kg, pil erimin 5 (103,700 biji) dan 26kg syabu dalam bungkusan teh Cina dengan anggaran keseluruhan bernilai lebih RM6.6 juta. 

Beliau berkata, hasil siasatan awal juga mendapati sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun 2022 dan kesemua dadah yang dirampas itu bagi pasaran dalam dan luar negara yang boleh digunakan untuk seramai 508,994 penagih. 

"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas tiga lelaki itu mendapati dua daripadanya positif dadah jenis methamphethamine dan turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. 

"Selain itu, polis turut menyita harta yang dirampas daripada suspek tersebut antaranya kereta Volkswagen, wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM177,000," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan telah direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 4 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 4 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad