web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lima Anggota Penguatkuasa Antara 10 Ditahan Minta, Terima Rasuah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 10:16AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepuluh individu termasuk lima anggota penguat kuasa ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah antara RM500 sehingga RM1,000 bagi meminda butiran spesifikasi enjin kenderaan perdagangan daripada kenderaan diesel biasa kepada kenderaan diesel hijau dalam sistem tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

Empat suspek ditahan di Johor, tiga di Selangor, dua di Perak dan satu di Sabah.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata kesemua mereka disyaki meminta rasuah daripada pemilik-pemilik kenderaan dan orang tengah, sebagai balasan kerana melakukan kegiatan itu.

Menurutnya semua suspek yang berumur 33 hingga 66 tahun ditahan sekitar 11 pagi hingga 3 petang semalam, dan kegiatan itu didalangi empat ejen serta seorang pemilik syarikat, yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita.

“Terdapat dua modus operandi dipercayai dilakukan oleh sindiket ini untuk mendapatkan status diesel hijau pada kenderaan mereka iaitu secara pindaan data kenderaan atau pembetulan butir-butir kenderaan.

“Sindiket ini dipercayai bergerak aktif sekitar tahun 2019 hingga 2022 dan nilai wang rasuah dianggarkan kira-kira RM1.28 juta untuk lima anggota penguat kuasa yang terlibat, terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita,” katanya malam tadi.

Beliau berkata ketirisan hasil kepada kerajaan yang terkumpul akibat daripada aktiviti sindiket ini dianggarkan kira-kira RM12.73 juta sejak tahun 2018 hingga 2022.

“Pemilik kenderaan perdagangan yang mahukan pengurangan cukai jalan 50 peratus tanpa mematuhi peraturan dan prosedur sah dipercayai akan menghubungi ejen untuk membuat pindaan terhadap maklumat kenderaan mereka.

“Ejen pula akan menghubungi anggota penguat kuasa dan akan memberikan nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat tanpa mengikut prosedur ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata kesemua suspek akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Ipoh, Putrajaya, Johor Bahru dan Kota Kinabalu pagi ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad