web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penemuan Rangka Manusia Tiada Unsur Jenayah - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 8:03AM

Laporan patologi mendapati terdapat empat kesan patah pada rangka berkenaan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan penemuan rangka manusia di kawasan belukar di bawah jambatan Jalan Persiaran Putra, Putra Heights, dekat Subang, pada Jumaat lepas, tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata siasatan polis bersama pakar patologi Hospital Serdang hari ini mendapati rangka berkenaan tiada kecederaan lain.

Beliau berkata hasil laporan patologi mendapati terdapat empat kesan patah pada rangka manusia berkenaan iaitu pada tulang tangan kanan (Humerus), lengan tangan kanan (Ulna), tulang rusuk bahagian kanan dan tulang pinggul (Girdel Pelvis) bahagian kanan.

“Kesan patah pada tulang-tulang berkenaan adalah selari dengan tempat kejadian berdasarkan pada anggaran ketinggian dan juga tempat mangsa itu jatuh,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Berikutan itu, ahli keluarga mangsa telah tampil berjumpa pegawai penyiasat setelah mendapat tahu berita penemuan rangka manusia itu disiarkan media.

Jumaat lepas, polis menerima laporan penemuan rangka dipercayai lelaki warga Indonesia iaitu pekerja yang menjalankan kerja-kerja penyelengaraan sistem LRT di substesen Putra Height pada 12.15 tengah hari itu.

Rangka manusia itu dikenali sebagai Riki Mandaguna, berusia 40 tahun dan beralamat di Kota Samarinda, Kisaran, Indonesia dan mangsa berkemungkinan meninggal dunia di antara tiga hingga enam minggu lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad