web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Perangkawan Pertama Malaysia Meninggal Dunia Di Amerika

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 8:24PM

gambar FB DOSM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ketua Perangkawan pertama negara, Datuk Ramesh Chander meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 pagi (waktu Malaysia), pada Selasa (14 November) di Amerika Syarikat.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, mendiang yang meninggal pada usia 88 tahun menyandang jawatan itu selama 11 tahun, bermula 1 Januari 1966 hingga 31 Disember 1977.

“Sepanjang menerajui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), mendiang berjaya membangunkan sistem perangkaan yang masih digunakan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata, antara jasa mendiang adalah mempelopori penggunaan tinjauan isi rumah bersepadu untuk pengumpulan maklumat bagi menganalisis kemiskinan dan penyusunan petunjuk sosioekonomi.

Menurut beliau, mendiang juga adalah Pesuruhjaya Banci pertama dan sudah melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan selepas merdeka pada 1970 serta terbabit dalam membangunkan rangka kerja untuk pemantauan sasaran dan matlamat Dasar Ekonomi Baru.

Mohd Uzir berkata, semasa perkhidmatan, anak kelahiran Kuantan, Pahang itu sangat aktif menonjolkan peranan DOSM di rantau Asia dan peringkat antarabangsa.

Antara penglibatan mendiang adalah menjadi Pengerusi pada Persidangan Ahli Perangkaan Asia, mewakili Malaysia di Persidangan Perangkawan Komanwel, ahli pengasas Institut Statistik untuk Asia dan Pasifik (SIAP) serta ahli jawatankuasa teknikal Kajian Kesuburan Dunia, katanya.

Beliau berkata, mendiang turut aktif memperjuangkan statistik dalam komuniti pencinta statistik walaupun pada usia emas, dengan menghadiri beberapa forum seperti Webinar: Counting Everyone for a Better Tomorrow pada 7 Julai 2020, Seminar Statistik Kependudukan (14 Feb 2022) dan Corruption In Malaysia : Who Will Bell the Cat? (28 April 2021).

Mohd Uzir yang mewakili seluruh warga DOSM menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan berharap mereka terus tabah serta bersabar dengan kehilangan mendiang.

“DOSM akan sentiasa mengingati setiap sumbangan dan bakti mendiang terutamanya dalam memperkukuhkan sistem statistik bagi membantu negara menyediakan dasar dan perancangan sosioekonomi negara,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancongan Domestik, Perbelanjaan Rekod RM23.8 Bilion - DOSM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad