web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Tutup PPS Terakhir, Jumlah Mangsa Di Perak Kian Menurun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 7:48AM

Hasmani Hussain bersama anaknya Nur Firas Adani Fauzi antara mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Bagan Serai - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Tiada  lagi mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor dan jumlah mangsa banjir di Perak menyusut kepada 349 penduduk daripada 103 keluarga  yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor memaklumkan empat PPS terakhir di negeri itu telah ditutup.

 PPS berkenaan ialah  ialah Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil di Daerah Sepang, serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan dengan 349 penduduk daripada 103 keluarga berbanding 423 penduduk daripada 127 keluarga pagi tadi yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, 169 orang daripada 50 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan seramai 66 orang daripada 22 keluarga.

"Di PPS Dewan Serbaguna Chikus pula menempatkan seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga.

Mangsa banjir di Daerah Kerian pula berkurangan kepada 23 orang daripada empat keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan mangsa di PPS SK Alor Pongsu masih kekal iaitu  57 orang daripada 19 keluarga,” menurut kenyataan itu. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 9 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad