web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di Selangor Terus Menurun, Perak Kekal Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 9:50AM

gambar Angkatan Pertahanan Awam Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Selangor yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan penurunan pagi ini kepada 381 orang daripada 101 keluarga berbanding 429 orang daripada 110 keluarga, malam tadi.

Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan lapan PPS sedang beroperasi di negeri itu membabitkan lima di daerah Sepang, manakala tiga di Kuala Langat.

Sementara itu di Perak, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal dengan 496 orang daripada 150 keluarga ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan, di Hilir Perak sebanyak 166 orang daripada 52 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan 130 orang daripada 42 keluarga.

"Seramai 46 orang daripada 13 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus," menurut kenyataan itu.

Mangsa banjir di daerah Kerian kekal 97 orang daripada 24 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga di PPS SK Alor Pongsu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 56 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad