web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Proton Sasar Jual Model S70 2,000 Unit Sebulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 4:13PM

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Proton Holdings Bhd (PROTON) menyasar menjual model sedan terbaharunya, S70, sebanyak kira-kira 2,000 unit sebulan, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah.

Beliau berkata, anggaran jualan itu adalah berdasarkan permintaan serta tempahan dan dijangka meningkat sekiranya permintaan bertambah.

"Pada minggu pertama pelancaran line-off (31 Oktober), kita telah rekodkan 400 tempahan, pada hari yang sama juga kita telah buka tempahan dengan pembayaran deposit RM500," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis lawatan Naib Presiden China Han Zheng ke Proton Tanjung Malim, di sini, hari ini.

Menurut Roslan, jumlah tempahan dijangka bertambah selaras dengan aktiviti jelajah yang akan dilaksanakan pasukannya bagi memperkenalkan model tersebut kepada rakyat Malaysia dan pelancaran rasmi serta pengumuman harga akan diadakan dalam masal terdekat.

Pada 31 Oktober lalu, PROTON melancarkan S70, model sedan baharu yang pertama ditambahkan ke barisan model PROTON semenjak pelancaran PROTON Persona pada Ogos 2016. Model itu akan dikeluarkan di kilang PROTON Tanjong Malim.

Mengulas mengenai model PROTON X90 yang mengalami kecacatan pendawaian dan membawa kepada insiden haba, Roslan berkata, 93 peratus kenderaan yang dipanggil balik telah dibaiki.

*Ada kira-kira 3,000 yang telah kita jual, sehingga kini pun pasukan kita sedang menjejak baki pemilik X90 bagi membuat janji temu untuk pembaikan model tersebut," katanya sambil menambah pengeluaran terbaharu model itu bebas dari kecacatan tersebut.

Proton sebelum ini mengumumkan panggilan semula model X90 susulan kecacatan pendawaian yang boleh membawa kepada insiden haba kenderaan utiliti sukan (SUV) itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PROTON Lancar Sedan S70, Sasar Jualan Bulanan Lebih 3,000 Unit

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Rakam Terima Kasih Sumbangan Tun Mahathir Dalam Proton

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Belanjawan 2023: PROTON Harap Persekitaran Kondusif Buat Pembangunan EV

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Proton Hantar 1,000 Unit Ke Afrika Selatan Selepas 2 Bulan Kembali Ke Pasaran

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad