web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Rakam Terima Kasih Sumbangan Tun Mahathir Dalam Proton

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 8:00PM

Anwar ketika hadir di majlis pelancaran model baharu Proton X90 dan sambutan ulang tahun 40 Proton di sini hari ini. - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas sumbangan dan peranannya dalam menjayakan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton).

Anwar berkata beliau juga bersyukur syarikat kereta nasional itu mampu bertahan walaupun berdepan pelbagai rintangan selepas 40 tahun dalam pasaran automotif.

“Jadi wajar dalam mengenang perjalanan Proton 40 tahun dan di pihak pentadbiran Kerajaan Perpaduan sekarang kita ucap terima kasih kepada mantan perdana menteri Tun Mahathir yang mempunyai sumbangan dan peranan dalam bidang ini.

“Saya juga mengenang peranan sahabat saya Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad (bekas Pengerusi DRB-HICOM) yang menunjukkan keghairahan, obsesi luar biasa untuk menjayakan Proton,” katanya pada majlis pelancaran model baharu Proton X90 dan sambutan ulang tahun 40 Proton di sini hari ini. 

Proton merupakan buah fikiran dan cetusan idea Dr Mahathir dan pernah menjadi pengerusi bagi pengeluar kereta nasional berkenaan.

Majlis pelancaran model baharu Proton X90 dan sambutan ulang tahun 40 Proton di sini hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Majlis pelancaran model baharu Proton X90 dan sambutan ulang tahun 40 Proton di sini hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Anwar juga menyatakan keyakinan bahawa komitmen yang ditunjukkan pengurusan baharu Proton akan melonjakkan lagi semangat dan keupayaan syarikat sekali gus mengangkat kedudukan Proton sebagai industri yang berpotensi di dalam negara dan ASEAN.

“Janganlah kita berpuas hati dengan apa yang telah kita capai, yang telah dipelajari dan bersikap positif serta kekal komited untuk meningkatkan keupayaan kita. 

“Kita telah melihat ramai jurutera, juruteknik di Proton dan saya rasa wajar saya mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih bukan sahaja kepada pengurusan kanan tetapi juga kepada semua kakitangan dan pekerja Proton atas sumbangan luar biasa anda kepada negara.

“Kami bangga dengan anda. Kami berterima kasih kepada anda. Proton ialah jenama yang terkenal. Dan terima kasih kepada anda, Proton kini memberikannya dorongan baharu, imej baharu, gaya baharu dengan Proton X90,” katanya.

Sementara itu, Proton hari ini mengumumkan harga bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) terkini Proton X90 yang ditawarkan dengan empat varian bermula RM123,800.

Pelancaran Proton X90 bukan sahaja menambah model ketiga kepada rangkaian SUV jenama terkemuka di pasaran, tetapi ia juga merupakan tawaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) syarikat berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad