web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Proton Hantar 1,000 Unit Ke Afrika Selatan Selepas 2 Bulan Kembali Ke Pasaran

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 1:53PM

Proton X50 - Gambar laman web Proton

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeluar automotif nasional Proton Holdings Bhd (Proton) mengukuhkan kedudukannya di Afrika Selatan apabila mencatat penghantaran 1,000 unit kenderaan ke sana hanya selepas dua bulan kembali ke pasaran negara itu.

Pengarah Jualan Antarabangsa Proton Steven Xu berkata menerusi permintaan kukuh, penjualan pantas kenderaan terbabit di Afrika Selatan juga membuktikan daya tarikan Proton sebagai jenama untuk pembeli di sana.

“Kami mempunyai hubungan kerja yang kukuh dengan CMH Group (CMH) sebagai pengedar di sana yang mengendalikan aktiviti untuk membolehkan seramai mungkin warga Afrika Selatan mencuba rangkaian model-model kenderaan Proton,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perjalanan Proton memasuki semula ke pasaran Afrika Selatan selepas 10 tahun bermula dengan pelantikan CMH sebagai pengedar rasmi pada April 2022 dengan penghantaran pertama Proton X50 dan Proton X70 pada Mei 2022 dan pelancaran semula jenama serta produk pada 14 September 2022.

“Sejak itu, CMH telah meluaskan rangkaian pengedaran secara berperingkat bagi meningkatkan akses ke pasaran selain aktif mempromosi kenderaan Proton di media sosial. Pada masa ini, hanya kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton ditawarkan di negara itu dan seterusnya Proton Saga pada 2023. 

“Walaupun pasarannya matang dan berdaya saing, Proton dan CMH optimis terhadap prospek jualan di negara itu. Sejajar dengan prestasi jualan yang kukuh setakat ini, kedua-dua syarikat menyasarkan jumlah jualan akan meningkat dua kali ganda pada 2023,” katanya.

Xu berkata Proton dan CMH juga yakin dapat mengembangkan jualan secara ketara di Afrika Selatan berikutan sambutan yang amat menggalakkan setakat ini.

Proton juga komited untuk menyediakan SUV mewah mampu milik untuk pembeli kereta di Afrika Selatan dan Proton X50 dan Proton X70 mempunyai gabungan ciri dan nilai yang tepat untuk bersaing dengan jenama lain.

“Selain itu, kami juga yakin Proton Saga akan mencapai kedudukan tersendiri dengan gabungan gaya, ciri canggih dan harga yang memberi nilai tinggi kepada pembeli,” katanya.

Dalam pada itu, jumlah eksport Proton sehingga akhir November lepas mencecah 5,028 unit dan syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi angka tersebut dalam tempoh berbaki 2022.

Pakistan kekal sebagai pasaran terbesar dengan 2,610 unit setakat tahun ini, diikuti oleh Afrika Selatan dari segi jumlah walaupun merupakan tambahan baharu dalam senarai eksport manakala Brunei Darussalam di tempat ketiga.

Dari segi kedudukan model, Proton Saga kekal sebagai tawaran paling popular manakala jumlah Proton X70 meningkat hampir dua kali ganda tahun ini dan Proton X50 di tempat ketiga setakat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dunia Perlu Sokong Tindakan Afrika Selatan Heret Israel Ke ICJ - Anwar

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kes Afrika Selatan Di ICJ Tegaskan Komitmennya Terhadap Keadilan - IAIS Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Ulangi Sokongan Prosiding Afrika Selatan Terhadap Israel 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Perbicaraan ICJ Terhadap Kes Genosid Israel Beri Harapan Kepada Palestin - Amnesty International

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung