web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbicaraan ICJ Terhadap Kes Genosid Israel Beri Harapan Kepada Palestin - Amnesty International

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 12:01PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Amnesty International pada Khamis menegaskan bahawa prosiding semasa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang difailkan oleh Afrika Selatan terhadap Israel mempunyai potensi untuk melindungi rakyat Palestin, 'menamatkan bencana kemanusiaan' di Gaza dan memberi sinar harapan untuk keadilan antarabangsa.

"Di saat Amerika Syarikat terus menggunakan kuasa veto menyekat Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu daripada menyeru gencatan senjata, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan terus berleluasa, manakala risiko pembunuhan beramai-ramai adalah jelas.

"Negara-negara mempunyai kewajipan mencegah dan menghukum tindakan genosid dan jenayah kekejaman lain," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard dalam satu kenyataan.

Katanya, siasatan ICJ terhadap perbuatan Israel adalah langkah penting untuk melindungi nyawa rakyat Palestin, mengembalikan kepercayaan dan kredibiliti undang-undang antarabangsa dan membuka jalan untuk keadilan dan pampasan kepada mangsa.

"Tahap kemusnahan dan kehancuran di Gaza sejak tiga bulan lalu terus meluas, memaksa sekurang-kurangnya 85 peratus daripada penduduknya berpindah," katanya.

Callamard berkata, bahawa ramai rakyat Palestin dan pakar hak asasi manusia menganggap ia sebagai taktik Israel untuk menjadikan Gaza, sebagai wilayah yang 'tidak boleh didiami'.

"Sementara menunggu keputusan muktamad Mahkamah Keadilan Antarabangsa sama ada jenayah pembunuhan beramai-ramai dan jenayah lain di bawah undang-undang antarabangsa telah dilakukan, arahan untuk melaksanakan langkah-langkah sementara adalah penting bagi membantu mencegah kematian, kemusnahan dan penderitaan awam daripada berterusan," katanya.

Perbicaraan pada Khamis akan disusuli dengan hujah pembelaan Israel pada Jumaat. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

2

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

SNCC Jawab Kritikan Netizen, ‘Misi Ke Gaza Akan Tetap Diteruskan’

Sorotan

1

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

2

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

3

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

5

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

6

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad