web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PROTON Lancar Sedan S70, Sasar Jualan Bulanan Lebih 3,000 Unit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 8:21AM

Kereta PROTON S70 turbo 1.5 liter didatangkan dalam empat varian iaitu eksekutif, premium, flagship dan flagship X. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd (PROTON) telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Li Chunrong berkata, S70 turbo 1.5 liter didatangkan dalam empat varian iaitu eksekutif, premium, flagship dan flagship X.

Harga bagi model eksekutif bermula daripada RM73,800, premium daripada RM79,800, flagship daripada RM89,800 dan flagship X daripada RM94,800.

“Segmen-C S70 pada harga kompetitif dan menawarkan lebih banyak ruang, ciri dan teknologi terkini.

“Strategi kami adalah untuk meraih lebih banyak volum memandangkan kami perlu menyokong pekerja dan ekosistem kami,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran S70 oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini, semalam.

Setakat ini model S70 sudah menerima kira-kira 1,200 tempahan yang akan diserahkan pada awal tahun depan, dengan varian premium dan flagship paling menerima sambutan.

Beliau berkata, varian lain juga akan mendapat permintaan berikutan harga yang kompetitif dan menjangkakan sekurang-kurangnya 5,000 tempahan menjelang akhir tahun ini.

Berhubung pengembangan ke pasaran ASEAN, Li berkata, Thailand dan Indonesia mempunyai saiz pasaran yang luas, tetapi turut berdaya saing dari segi penembusan.

“Sehubungan itu, Proton akan turut meninjau pasaran di luar ASEAN,” katanya.

Timbalan CEO PROTON, Roslan Abdullah berkata, pada masa ini pengeluar kereta nasional itu mengeksport ke 15 negara antaranya Afrika Selatan, Pakistan, Kenya dan Brunei.

“Kami sedang meneroka lebih banyak negara untuk eksport seperti Asia Tengah, dan berhasrat menambah sekurang-kurangnya lima negara lagi bagi pasaran eksport kami,” katanya.

Roslan berkata, volum eksport masih rendah iaitu kira-kira 2,500 unit tahun ini berikutan penyusutan permintaan dari Pakistan akibat kelembapan ekonomi.

"Pakistan pada mulanya memaklumkan untuk mengimport kira-kira 10,000 unit pada 2023," katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul dalam ucapannya berkata, S70 membolehkan Proton untuk kembali ke pasaran sedan kompak segmen-C selepas mencatat kejayaan bagi model kenderaan utiliti sukan.

Beliau berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara di ASEAN yang mempunyai dua pengeluar peralatan tulen (OEM) dalam negara.

“Setakat akhir Oktober, jumlah volum industri (TIV) kita  telah meningkat sebanyak 11.6 peratus berbanding 2022. Dengan tempoh berbaki lebih sebulan sahaja lagi untuk tahun ini, kami berada di landasan untuk melepasi rekod volum sepanjang masa yang ditetapkan pada tahun lalu.

“Saya juga sedia maklum bahawa PROTON menjadi antara pengeksport utama kenderaan di Malaysia. Walaupun jumlahnya agak kecil, permintaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri kepada PROTON adalah untuk melihat pengembangan yang pesat susulan pengenalan model baharu seperti S70,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, industri automotif Malaysia telah menyumbang lebih RM30 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan output pengeluaran tahunan melebihi 500,000 kenderaan.

“Jika kita melihat industri ini dalam konteks seluruh ekosistemnya, sumbangan industri adalah lebih besar, menyumbang kira-kira 4.0 peratus daripada KDNK Malaysia. Menjelang 2030, sasaran kami untuk mencapai RM104.2 bilion dari segi sumbangan KDNK dengan jumlah pengeluaran 1.47 juta unit kenderaan.

“Kami berhasrat supaya angka ini sebahagiannya disumbangkan oleh kenderaan cekap tenaga,” katanya.

Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa strategi meluas Malaysia adalah bagi memanfaatkan prospek pertumbuhan kenderaan elektrik (EV).

Pasaran EV ASEAN bernilai hampir AS$500 juta pada 2021 dan diunjurkan mencapai AS$2.7 bilion menjelang 2027, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) hampir 33 peratus daripada 2022 hingga 2027.

“Saya gembira apabila mendapat tahu PROTON sedang memuktamadkan teknologi EV, dan sesuatu yang mengujakan akan tiba tidak lama lagi.

“Ini sangat memberi manfaat apabila kerajaan menunjukkan komitmen sepenuhnya untuk menyokong ekosistem EV yang teguh di negara ini dan menjadikan mobiliti hijau sebagai sebahagian daripada pengangkutan utama kami,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Proton Sasar Jual Model S70 2,000 Unit Sebulan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish