web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023: PROTON Harap Persekitaran Kondusif Buat Pembangunan EV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Belanjawan 2023 harus memberi tumpuan dalam mewujudkan persekitaran kondusif untuk pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON) Roslan Abdullah berkata ia termasuk usaha menarik minat pengguna untuk beralih kepada EV selain memperkenalkan dasar-dasar mesra pelabur.

Katanya, dasar pelaburan yang baik penting sekali gus mampu membawa teknologi baharu masuk ke dalam negara.

“Dengan pengenalan insentif-insentif menarik yang boleh disediakan kerajaan ia akan menarik minat pelabur datang dan mungkin boleh menjadikan negara sebagai sebuah hub buat EV,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program PROTON bersama media di sini semalam.

Belanjawan 2023 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini.

Sementara itu, Roslan berkata PROTON sebagai satu daripada syarikat kenderaan nasional perlu menerajui penggunaan EV dan sebagai permulaan pihaknya akan bekerjasama dengan Smart Automobile Co Ltd bagi mengedar kenderaan Smart di Malaysia bermula suku keempat tahun ini.

“Selain itu, kita juga telah menghantar seramai 16 orang jurutera ke Geely untuk tempoh enam bulan bagi mereka mempelajari sendiri teknologi EV.

“Kita juga memang ada perancangan untuk mengeluarkan Proton EV sendiri tetapi model itu kita akan umumkan bila hampir pada waktu pelancaran,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Proton Sasar Jual Model S70 2,000 Unit Sebulan

3

TARA 2 tahun yang lalu

Adakah Malaysia bersedia guna EV?

4

TARA 3 tahun yang lalu

Ora Good Cat Warna Hijau Pistachio Merancakkan Dunia EV Automotif Malaysia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad