web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Selangor Turun, Perak Meningkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 10:52AM

gambar FB APM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Selangor mencatatkan penurunan, namun tidak bagi Perak kerana jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat setakat pagi ini.

Di SELANGOR, sebanyak 740 mangsa banjir daripada 186 keluarga ditempatkan di 10 PPS setakat jam 8 pagi ini dan jumlah itu berkurang berbanding 792 orang daripada 200 keluarga yang dilaporkan malam tadi.

Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 10 PPS yang dibuka membabitkan daerah Sepang (lima), Hulu Langat (dua), Petaling (satu) dan Kuala Langat (dua).

Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa terus meningkat dengan 470 orang daripada 145 keluarga ditempatkan di lima PPS di dua daerah yang terjejas, berbanding 458 mangsa banjir daripada 139 keluarga malam tadi.

Chikus di daerah Hilir Perak menjadi kawasan baharu terjejas banjir dan satu PPS dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Chikus yang menempatkan 13 mangsa daripada enam keluarga.

Selain Chikus, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan, 163 lagi mangsa daripada 51 keluarga berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan menempatkan 140 orang daripada 45 keluarga.

"Bagi daerah Kerian pula, 97 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berada di PPS SK Alor Pongsu," menurut kenyataan itu.

Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih pada tahap bahaya iaitu 4.30 meter (m), manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pada paras berjaga-jaga iaitu 13.36 m. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar