web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Kenal Pasti Mangsa Penipuan Kerja Di Myanmar, Rangka Usaha Menyelamat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 12:37PM

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengenal pasti 26 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Laukkaing, Myanmar, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.

Beliau berkata, kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar dengan kerjasama Thailand, Vietnam, Filipina dan China sedang menyelaras dan menggunakan segala alternatif bagi membawa pulang kesemua mangsa dengan selamat.

"Sehingga 3 November 2023, kementerian ini telah berjaya membawa pulang 518 orang. Sejurus mereka kembali ke tanah air, mangsa-mangsa akan diambil keterangan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membantu siasatan.

"Dalam masa yang sama, Kementerian Luar ingin mengingatkan kepada semua warganegara Malaysia supaya sentiasa peka dan berwaspada apabila menerima sebarang tawaran pekerjaan menerusi platform media sosial yang meragukan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk menyelamatkan mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja dan Myanmar yang sering berlaku.

Mohamad berkata, kerajaan juga sedang menunggu 'lampu hijau' daripada pihak berkuasa Myanmar untuk berbincang dan mengadakan lawatan ke negara itu bagi merangka usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: 50 Anggota, Pegawai SMART Berlepas Ke Myanmar, Laksana Misi SAR

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Penipuan Pekerjaan: 25 Rakyat Malaysia Dihantar Pulang Selepas Diselamatkan Di Myanmar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 31 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad