web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peruntukan Sehingga RM40 Juta Untuk Latih Penjawat Awam Bidang Baharu - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 8:08AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 di Putrajaya. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyegerakan penyaluran peruntukan di antara RM30 juta dan RM40 juta bagi melatih penjawat awam muda dalam bidang khusus serta baharu seperti kecerdasan buatan (Al) dan peralihan tenaga, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, latihan itu dilihat sebagai keperluan mendesak kerana negara amat bergantung kepada konsultan luar yang menelan kos tinggi.

Beliau berkata, dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed baru-baru ini, beliau memutuskan supaya peruntukan mencukupi disalur bagi membolehkan penjawat awam muda diberikan latihan khas serta pendedahan sama ada di syarikat swasta atau universiti terkemuka.

"Lebih baik kita belanja lebih untuk melatih penjawat awam daripada menyelesaikan secara singkat dengan melantik konsultan asing dengan kos yang tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 di sini, semalam.

Anwar berkata, beliau sudah meminta KPPA untuk menyegerakan pelaksanaan latihan baharu kepada penjawat awam dan mengetepikan aturan birokrasi bagi mempercepat pencapaian matlamat dalam perkara itu.

Beliau berkata, antara bidang lain yang boleh diteroka ialah transformasi digital, teknologi makanan, keselamatan siber, ketenteraan dan isu sempadan negara.

Anwar turut mengimbau kembali lawatannya ke Abu Dhabi pada Oktober lalu di mana beliau telah melawat Universiti Kecerdasan Buatan Mohamed bin Zayed (MBZUAI) yang khusus bagi bidang Al.

"Bagi negara kita, saya cadangkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) untuk membuka Fakulti Al di UTM (Universiti Teknologi Malaysia) sebagai persiapan untuk beberapa tahun akan datang," katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan mewujudkan pusat pengajian Al pertama negara iaitu Fakulti Al di UTM dengan peruntukan awal RM20 juta bagi memperhebat penerokaan bidang itu merentas disiplin ilmu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran