web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bola Di Gelanggang Hamzah, Buktikan Dakwaan Sebelum Menuduh - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 8:28PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyampaikan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti Peringkat Zon Utara di Kulim, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Sudah tiba masanya Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin membuktikan dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan terbabit mengugut Ahli Parlimen dari blok pembangkang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan, bola ketika ini berada di gelanggang Hamzah dan PN bagi membuktikan kebenaran terhadap semua tuduhan dibuat. 

Menurut beliau, sehingga perkara itu dapat dibuktikan, tiada pihak yang sepatutnya membuat tohmahan terhadap pimpinan kerajaan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri ketika memberi respon terhadap perkara tersebut di Parlimen baru-baru ini mengatakan bahawa itu adalah tuduhan serius dan pihak yang mendakwa perlu datangkan bukti. Hari ini apabila media bertanya kepadanya (Hamzah), jawapan beliau adalah sedang mengumpul bukti. 

"Kalau sedang mengumpul bukti, itu maknanya belum sahih dan pasti. Jadi kalau sedang mengumpul, jangan buat tohmahan dulu, sebaliknya tunggu hingga semua bukti itu ada. 

"Seperti dinyatakan pihak polis sebelum ini, tiada laporan dibuat berhubung pekrara itu. Jadi bola sebenarnya di gelanggang Hamzah serta PN untuk mendatangkan bukti," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis penyerahan Geran Prihatin Komuniti Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Zon Utara di sebuah hotel di sini, hari ini. 

Terdahulu dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PN hari ini, Hamzah mendakwa pihaknya sedang mengumpul segala maklumat berkenaan ugutan yang diterima Ahli Parlimen PN supaya menyokong Kerajaan Perpaduan, sebelum membuat laporan polis. 

Menurut Ahli Parlimen Larut itu, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat dengan mengambil gambar individu yang datang berjumpa PN, bagi meneliti maklumat sebenar berkaitan mereka. 

Sementara itu Saifuddin berkata, kerajaan akan terus bergerak seperti biasa di sebalik segala bentuk dakwaan yang dibangkitkan PN itu. 

Malah, katanya, sokongan terhadap kerajaan ketika ini berada pada tahap sangat menyakinkan. 

"Perkara itu terbukti apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024), diluluskan dengan 'begitu saja' selepas selesai dibahaskan di peringkat dasar, di Dewan Rakyat semalam. 

"Kalau ada Ahli Parlimen dari PN menyatakan sokongan, kami alu-alukan tetapi (jika) nak katakan bahawa sokongan itu disebabkan mereka diugut, maka kami nafikan. 

"Itu bukan kerja kami sebaliknya itu adalah kerja Hamzah semasa menjatuhkan kerajaan melalui gerakan Sheraton dulu," katanya, sinis. - Getaran, 3 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 2 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar